5 February 2013

KOMEN ZED ZAIDI TERHADAP KEDATANGAN PSY KE PULAU PINANG

KOMEN ZED ZAIDI TERHADAP KEDATANGAN PSY KE PULAU PINANG

Semua sedia maklum bahawa penyanyi Korea yang terkenal menerusi lagu ‘Gangnam Style,’ iaitu Psy bakal datang ke Pulau Pinang pada 11 Februari ini sempena ‘Hari Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN).’
Berita kunjungan Psy ke Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat-peminat hiburan tempatan dan isu ini turut menarik perhatian Presiden Persatuan SENIMAN, Zed Zaidi.
Menurut Zed Zaidi, meskipun majlis tersebut tidak menggunakan duit rakyat, akan tetapi dia lebih gemar sekiranya majlis tersebut mengundang artis tempatan berbanding artis luar negara.


Dalam pada itu, Zed Zaidi turut menyarankan agar pihak berwajib mengutamakan perinsip ’1 Malaysia.’

9 comments:

  1. zed zaidi kan pembela artis malaysia. huhu. tp tang psy datang tu, memang tak kenan langsung.!

    ReplyDelete
  2. musim gangnam dah berakhir rasanya....tapi x palah bukan senang nk jumpa PSY hoho

    ReplyDelete
  3. asyik tengok kekurangan je cuba tengok kesan positif plak.huhu diorang mesti fikir habis2 pasal pasal ni sbb tu la bawa PSY ke Malaysia..meningkatkan pertukaran mata wang asing ke, memperkembangkan industri pelancongan ke, pelaburan ke

    Suka hati je hana komen kan.hehe sorry2 artis tempatan hana bukan peminat k pop ye.

    ReplyDelete
  4. aik dulu bukan semua orang suka PSY ke? tapi bila bab2 politik masuk, habis semua dah berbelah bagi, tapi bagi saya RM2Juta tu baik simpan je, bantu anak2 yatim dan orang susah. bayar artis tempatan je buat show, tak da la habis berjuta2

    ReplyDelete
  5. Aku benci la dia nie.. hmmm, drp byr dia 2 juta, baik duit tu guna untuk kebajikan rakyat... kan ramai rakyat yg < bernasib baik kat Malaysia ni haaaa....


    Boleh jugak saham akhirat kan ...

    Labur duit utk psy tu dapat ape tataw laaaa...

    ReplyDelete
  6. memang patut artis malaysia didahulukan dulu.....

    ReplyDelete
  7. 2 juta tu labur utk sejam
    ramai lagi kat mesia ni boleh dibantu dgn 2 juta tu

    BN BN... saat gini nk PRU 13 ni saja je cari jalan rakyat marah

    ReplyDelete
  8. Die semua bermasalah.. hahaha..
    tapi betul gak... psy tuh smpai 1 juta nak bayar.. membazirrrr

    Info : kenapa cincin di sarungkan ke jaris manis.. http://bit.ly/14OC70C

    ReplyDelete