Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Zain Saidin Hadiahkan Rozita Che Wan Gelang Emas

on 12 March 2013


Bukan hadiah biasa, tapi gelang emas dari Habib Jewels yang dihadiahkan oleh Zain kepada kekasih hatinya, Rozita Che Wan disebuah majlis ulang tahun Rozita yang ke 39 malam kelmarin.

Majlis ini telah dirancang bersama oleh penerbit Zeel Production Sdn Bhd iaitu Fadzil Teh bersama beberapa orang lagi rakan selebriti lain di Publika, Solaris Dutamas.

Dalam pada itu, Zain turut berharap agar harapannya untuk memperisterikan Rozita Che Wan akan tertunai.

“Harap-harap ia akan jadi lebih bermakna dengan niat suci kami untuk bergelar suami isteri. Mana-mana pasangan bercinta pun mengharapkan pengakhiran yang indah untuk ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia ke akhir hayat.

“Ia lebih baik kerana kita boleh berkongsi banyak perkara bersama-sama. Susah senang bersama,” ujar Zain.
Ranking: 5

{ 0 ong gedek gedek... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved