Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Rezeki Uqasha Senrose Bertambah Selepas Tinggalkan Kerjaya Pramugari

on 13 April 2013


Kakak kepada Nelydia Senrose yang juga seorang pelakon, Uqasha Senrose bersyukur apabila menerima lebih banyak tawaran berlakon selepas beliau melepaskan jawatannya sebagai pramugari.

Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen ataupun lebih dikenali sebagai Uqasha berkata, dia lega apabila kontroversinya sebelum ini iaitu dituduh menjadi orang ketiga dalam perhubungan pasangan selebriti beberapa tahun lepas.

"Ketika kontroversi lama berlaku dulu, diakui saya hilang arah lebih-lebih lagi tawaran lakonan langsung tidak ada, sedangkan waktu itu saya baru mahu berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

"Kerana itu juga saya membuat keputusan meneruskan kehidupan dengan beralih ke bidang lain dengan menjadi pramugari. Tetapi jiwa saya tidak tenang sebab pekerjaan yang saya lakukan itu bukan atas dasar minat," kata Uqasha Senrose yang kini digosipkan sedang bercinta dengan seorang artis lelaki.

Tambah Uqasha, dia juga tidak sangka sejurus selepas berhenti kerja dan ditawarkan berlakon drama Setia Di Hujung Nyawa (TV3), popularitinya terus meningkat.

"Alhamdulillah lepas satu, satu rezeki yang datang lebih-lebih lagi saya kini bernaung di bawah syarikat MIG. Malah saya turut menjayakan dua buah filem iaitu Bencinta dan Paku Pontianak," tambahnya lagi.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

zulhilmi tempoyak said...

hmm.. siapakah..huhuh


21 April 2013 23:17
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved