Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gempar! Remaja lelaki ini mengaku pernah diliwat sebanyak 40 kali

on 5 July 2012


Seorang bekas penghuni Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz, Durian Daun di sini mendakwa pernah diliwat sekurang-kurangnya 40 kali setahun sejak berusia 12 tahun sepanjang tiga tahun ditempatkan di institusi perlindungan itu mulai tahun 2005.

Remaja yang kini berusia 19 tahun mendakwa, sepanjang tempoh itu dia menjadi mangsa deraan fizikal dan seks oral yang dilakukan oleh beberapa kakitangan dan penghuni institusi tersebut.

Menurutnya, semua perbuatan itu bagaimanapun terpaksa dirahsiakan kerana setiap gerak-geri penghuni sentiasa diperhatikan bagi mengelak mereka melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

SUMBER

Sotong Cuba 'Hamilkan' Mulut Wanita Korea 63 tahun

on 4 July 2012


Sotong adalah salah satu makanan kegemaran warga Korea. Tetapi buat wanita Korea yang berusia 63 tahun ini, dia mungkin tidak mahu makan sotong lagi kerana pengalaman ngeri yang dihadapinya.

Semasa wanita itu menikmati hidangan sotong separuh masak itu, dia mula merasakan tusukan dari benda asing yang mencucuk-cucuk dalam mulutnya ketika sedang mengunyah.

Dia meludah sotong itu, tetapi mulutnya masih terasa berbeza, seolah-olah terdapat makhluk-makhluk kecil yang bergerak pada bahagian dalam mulutnya seperti dalam pipi, gusi, dan lidah.

Dia segera dikejarkan ke hospital dan dibuat pemeriksaan dalam mulutnya. Memang benar, doktor mendapati 12 pepijat putih kecil, seperti organisma sperma dalam mulutnya.

Laporan berkata, dia seolah-olah telah menggigit beg sperma sotong yang dimakannya, yang membawa kepada kebebasan makhluk kecil itu.

Si kecil begitu ghairah sehingga mereka cuba untuk menghamilkan mulutnya!

Pengajaran daripada ini pastikan hidangan sotong anda dimasak dengan baik!

SUMBER

Gadis Comel Ini Masih Tersenyum Walaupun Kemalangan


Tenang menghadapi dugaan, tetap tersenyum walaupun dalam situasi cemas macam ini. Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis comel ni ketika dahinya sedang menitiskan darah kerana kemalangan.

SUMBER

Jadi Gay Kerana Ayah


“Hubungan saya dengan ayah renggang sejak kecil kerana dia garang dan tanpa saya sedari, kekurangan kasih sayang ayah menyebabkan saya meminati lelaki lain,” kata lelaki homoseksual mahu dikenali sebagai Badrul yang kini insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Badrul, 50, berkata, disebabkan kurang komunikasi dengan ayahnya yang sering bercakap dengan suara tinggi, dia menjadi takut dan selalu menjauhkan diri.

“Ketika kecil, hanya ibu menjadi tempat saya bergantung kasih sayang sebab takutkan ayah. Banyak perkara yang sepatutnya ayah beri, tetapi saya minta melalui ibu kerana takut disergah ayah.

“Keadaan itu terbawa-bawa sehingga ke sekolah apabila saya selesa berkawan dengan perempuan, tetapi dalam masa sama, saya ‘jatuh cinta’ dalam diam terhadap guru lelaki,” katanya.


Menurutnya, hubungan seks songsang kali pertama dilakukannya pada usia 19 tahun ketika bekerja sambilan di sebuah restoran.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved