Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Ahmad Idham Dipecat David Teo???

on 10 July 2012


Sepanjang hujung minggu lepas sehinggasemalam, hampir semua media massa tempatan menulis tentang David Teo yang khabarnya sengaja tidak menjemput Ahmad Idham ke pratonton filem 8 Jam.

Hari ini, David Teo membuka mulut untuk memberikan jawapan beliau mengenai desas desus mengatakan yang ada pergeseran dengan Ahmad Idham.

David Teo menjelaskan yang tiada tayangan perdana kepada media diadakan kerana beliau sekeluarga sedang berkabung di atas pemergian bapa mertua beliau.

Beliau turut mengatakan tiada sebarang majlis yang dihadiri sepanjang tempoh berkabung dan majlis tayangan 8 Jam untuk peminat pun tidak dapat dihadiri.

David Teo turut menyebut yang tiada istilah ‘terpaksa’ untuk Ahmad Idham yang menganjurkan sendiri majlis tayangan perdana untuk para media minggu lalu.

MIG Pictures telah pun melaburkan hampir RM500,000 untuk promosi di televisyen dan surat khabar dan Ahmad Idham tidak perlu risaukan tentang publisiti media.

SUMBER

Dirempuh Ketika Membuat Liputan Aksi Drift


Nasib malang bagi seorang wartawan apabila dirempuh kereta ketika sedang membuat liputan. Kemalangan berlaku ketika pertunjukan kenderaan bermotor di lapangan terbang di Tushino, Rusia. Wartawan ini telah dibawa ke hospital kerana gegaran otak.


SUMBER

(8 Gambar) Tempat Parking Untuk Wanita Di China

Sebuah pusat membeli belah di Tianjin, China menyediakan tempat letak kereta khas untuk kaum Hawa. Tempat letak kereta ini dibina bagi menarik lebih banyak pelanggan wanita ke gedung milik mereka. Mereka mendapati lebih ramai wanita datang ke gedung mereka selepas kawasan khas yang diwarnakan dengan cat merah jambu. Tempat letak kereta ini diletakkan berhampiran pintu masuk dan lobi lif bagi mempermudahkan pelanggan wanita untuk terus bershopping.

 

SUMBER

Lihat Bagaimana Make Up Mengubah Wajah Gadis Ini Menjadi Sangat Cantik

on 9 July 2012

Saya mendapat maklumat baru tentang gadis ini. Ia kelihatan seperti dia tidak menjalani sebarang pembedahan plastik. Ia hanya menggunakan solekan (make-up) untuk mengubah wajahnya.

 
 
 
 
 
 
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved