Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Mesej Romantik Yusry KRU Ucap Selamat Buka Puasa Pada Lisa Surihani

on 5 August 2012


Walaupun setelah beberapa bulan berkahwin, nampaknya kebahagian pasangan suami isteri yang romantis, Lisa Surihani dan Yusry KRU masih lagi terpancar. Buktinya, cara Yusry mengucapkan selamat berbuka puasa kepada isteri kesayangannya melalui gaya sistem pesanan ringkas (SMS). Mari kita lihat mesej selamat berbuka puasa tersebut.

Luna Maya Nafi Gambar Wanita Mabuk Adalah Dirinya


Semalam, dunia hiburan Indonesia kecoh apabila sekeping gambar (foto) tersebar luas di blog-blog hiburan di sana mendakwa Luna Maya yang terbaring tidak sedarkan diri akibat mabuk.

Gambar yang turut memaparkan dua (2) orang jejaka lain ini seperti sengaja dirakamkan dan mula timbul apabila dimuat naik dalam akaun Twitter milik pelakon Tyas Mirasih.

Namun, Luna Maya yang dihubungi laman Kapan Lagi melalui telefon menafikan yang wanita dalam gambar mabuk yang tersebar tersebut merupakan dirinya.

Luna Maya turut mendakwa yang beliau tidak pernah memiliki baju atau persalinan seperti dikenakan oleh wanita dalam gambar ini & susuk tubuhnya juga berbeza.

Mengakui sudah melihat gambar tersebut lebih awal sebelum dikesan media, Luna Maya berkata beliau tidak pernah kenal dengan dua jejaka dalam gambar tersebut.

“Kalau dilihat, jari gadis itu ‘kan lebih lentik tidak seperti jari saya. Jadinya perkara sebegini tidak perlu saya pedulikan dan rasanya tidak perlu diperbesarkan,” ujar Luna Maya.

Apa Perasaan Anda Jika Tiba-Tiba Ada Dawai Keluar Dari Perut???

on 4 August 2012


Perasaannya tertekan dan takut untuk berkahwin kerana khuatir bakal suaminya tidak dapat menerima penyakit aneh yang dihadapinya.Begitulah perasaan yang dihadapi oleh seorang wanita bernama Noorsyaidah 40 tahun.Pada mulanya Noorsyaidah seorang yang ceria serta ringan tangan membantu orang lain,namun ketika berusia 22 tahun iaitu pada tahun 1991 ,penyakit aneh telah menimpanya.

Dawai keluar daripada perutnya.Nmaun dia tetap tabah menghadapi segala dugaannya.Dia menjadi seorang guru dan dengan mengajar dia dapat melupakan penyakit anehnya ini.

SUMBER

Tanda Kejatuhan Facebook, Puncanya???

Pembaca sekalian ada akaun palsu Facebook? Atau mungkin pernah terjumpa dengan profil-profil yang kadang-kadang letak nama mengarut macam Kamen Rider, Spongebob Squarepant, Detective Conan atau parodi akaun Najib Razak atau Anwar Ibrahim semata-mata untuk troll?


Kalau ada, anda termasuk dalam 83 juta akaun palsu di Facebook.

Dalam maklumat terkini yang dikeluarkan Facebook rabu lalu, syarikat media sosial tersebut melaporkan 8.7 peratus daripada 955 juta pengguna aktifnya di seluruh dunia adalah akaun pendua mahupun akaun palsu. Akaun pendua (duplicate account) termasuk dalam 4.8% (45.8 juta) daripada pengguna aktif Facebook.

akaun-palsu-facebook

Mengikut terma perkhidmatan media sosial tersebut, pengguna tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu akaun atau mendaftarkan akaun bagi orang lain (ok, ini saya baru tahu). Ibu bapa yang mendaftarkan akaun untuk anak-anak mereka pula melakukan dua kesalahan, kerana kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan mendaftarkan akaun di Facebook.

Apa yang paling merisaukan pihak Facebook adalah terdapat kira-kira 1.5% (14.3 juta) akaun yang diwujudkan semata-mata untuk melanggar peraturan yang ditetapkan Facebook seperti menyebarkan spam.

Menurut pihak Facebook lagi, mereka percaya jumlah akaun palsu tersebut secara umumnya lebih rendah di negara-negara maju seperti Amerika atau Australia, dan lebih tertumpu di negara-negara membangun seperti Indonesia dan Turki.


Untuk mengatasi masalah ini, pihak Facebook akan melumpuhkan akaun-akaun tersebut. Walaupun data-data dari akaun yang dilumpuhkan tidak akan lagi dapat diakses orang ramai, namun ianya akan disimpan di server untuk tujuan keselamatan. Selain itu, jika akaun anda didapati bersalah dan dilumpuhkan, anda tidak dapat lagi untuk membuka akaun tanpa kebenaran daripada Facebook.

Perkembangan ini dijangka memberi masalah kepada Facebook dengan harga saham media sosial itu ditutup lebih daripada 4 sen pada US 20.04 Dollar, penurunan yang sangat ketara sebanyak 47% sejak ia dilancarkan pada Mei lalu pada kadar US 38 Dollar.

Dengan semakin banyak rungutan yang diterima Facebook termasuk cara media sosial itu mengurus maklumat peribadi penggunanya, adakah ini menandakan Facebook berada dalam ambang kejatuhan? Mungkin seperti Myspace, pengguna akan mula beralih kepada media sosial yang lain. Google+ mungkin?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved