GILIRAN MAJALAH SEPANYOL PULA TERBIT KARIKATUR HINA NABI MUHAMMAD - Selepas beberapa hari majalah Perancis menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad, kini giliran majalah Sepanyol menerbitkan karikatur menggambarkan wajah Nabi Muhammad
SAW pada muka depan, langkah yang dijangka mencetuskan lagi kemarahan
umat Islam.
Edisi terbaru El Jueves muncul di pasaran semalam dengan karikatur muka
depan menggambarkan beberapa Muslim berbaris dengan nombor tahanan
polis masing-masing manakala kapsyennya pula menyebut "adakah sesiapa
tahu rupa Nabi Muhammad."
Laporan Reuters menyebut isu terbaru ini turut mencetuskan debat di
Barat mengenai soal tapisan kandungan dan kebebasan berucap.
Kedutaan Sepanyol semalam mengeluarkan nasihat kepada warganegaranya di
Mesir agar berhati-hati jika tercetus protes dan tindak balas ekoran
penerbitan karikatur itu.