Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

12 GAMBAR HOT PELAKON DRAMA SAHARA, REEN RAHIM

on 4 February 2013

GAMBAR HOT PELAKON DRAMA SAHARA, REEN RAHIM

Pelakon utama drama Sahara, Reen Rahim yang kontroversi gara-gara menghina wanita berniqab ataupun bertudung apabila terdapat babak berpegangan tangan dan berpeluk. Terdapat beberapa gambar Reen Rahim berpakaian seksi dan berposing ala manja.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIYANA JASMAY MENANGIS SELEPAS KAHWIN DENGAN FATHUDDIN MAZLAN

LIYANA JASMAY MENANGIS SELEPAS KAHWIN DENGAN FATHUDDIN MAZLAN




Walaupun majlis akad nikah dan resepsi pengantin baru Liyana Jasmay, 25, yang lebih selesa dipanggil Nana, dan pasangannya Fathuddin Mazlan, 29 telah berlangsung dengan lancar dan meriah, namun masih ada perkara yang tidak sedap didengar mengenai majlis itu.


Majlis resepsi yang berlangsung sedikit lewat dari waktu yang ditetapkan dikatakan berpunca daripada masalah yang berlaku ketika pengantin sedang bersiap untuk majlis resepsi.


Menurut sumber, Liyana sempat menangis kerana terkejut busana pengantin yang direka oleh Jovian Mandagie itu tidak menepati jangkaannya. Walau bagaimanapun, GUA telah mendapatkan penjelasan daripada pereka terkenal itu.
“Memang ada sedikit salah faham ketika Nana melihat gaun putih yang digunakan untuk bersanding  kerana saya telah selitkan elemen  surprise untuknya pada baju itu. Tidak ada masalah besar pun. Apabila saya terangkan pada Nana, baru dia faham dan akhirnya dia pun gembira dengan hasilnya”, ujar Jovian.

Tambah Jovian, dia gembira dapat berkerjasama dengan Liyana kerana pelakon itu tahu apa yang diingini. Jelas Jovian, tidak perlu memerah otak memikirkan rekaan busana pengantin Liyana.

“Nana beritahu dia ingin baju ala Cinderella. Jadi mudah untuk saya mereka baju tersebut agar karakter Nana yang lembut dan elegan menyerlah pada malam persandingannya”, tambah Jovian.

Ibu Liyana, Datin Habsah Simpon yang tidak tahu-menahu tentang insiden di bilik persalinan pengantin itu tidak terkejut apabila dimaklumkan anaknya menangis sebelum majlis bermula.

“Nana memang begitu. Kadang-kadang benda kecil pun dia akan tersentuh dan mudah menangis. Lagipun, kita semua maklum bahawa menguruskan dan mengadakan majlis perkahwinan ini terlalu banyak tekanan. Lebih-lebih lagi buat pengantin sendiri kerana itu hari yang paling bermakna untuk mereka”, kata ibu Liyana.

Liyana mengenakan baju rekaan Jovian Mandagie untuk majlis akad nikah dan resepsi. Bagi sesi memotong kek, Liyana tampil menawan dengan gaun kembang dengan tona merah jambu rekaan pereka Rizman Ruzaini.

KOS BAWA GANGNAM STYLE KE ACARA NAJIB LEBIH RM 1 JUTA

 KOS BAWA GANGNAM STYLE KE ACARA NAJIB LEBIH RM 1 JUTA

KOS BAWA GANGNAM STYLE KE ACARA NAJIB LEBIH RM 1 JUTA

Nampaknya Barisan Nasional (BN) tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membawa mana-mana artis popular antarabangsa ke acara politik ketika dasar parti itu cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat.

Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop korea, Psy - yang popular dengan lagu Oopa Gangnam Style - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang. 

Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang bakal dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Psy mungkin akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan 60 minit dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.

MALAYSIA DISERANG RATUSAN ZOMBIE PAGI TADI

on 3 February 2013

MALAYSIA DISERANG RATUSAN ZOMBIE PAGI TADI DI KUALA LUMPUR

Kali pertama di Asia Tenggara, Zombie Run!!! telah diadakan di Kuala Lumpur. Seramai 150 orang telah mendaftar untuk merelakan diri menjadi zombi. Tujuan utama larian ini adalah untuk menangkap seberapa ramai orang sebelum melepasi garisan penamat.

 MALAYSIA DISERANG RATUSAN ZOMBIE PAGI TADI DI KUALA LUMPUR 
ZOMBIE RUN!!! MALAYSIA 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved