Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

VISHWAROOPAM DIHARAMKAN DI MALAYSIA

on 6 February 2013

VISHWAROOPAM DIHARAMKAN DI MALAYSIA

Filem kontroversi bertajuk Vishwaroopam lakonan bintang filem Tamil, Kamal Hassan yang terpaksa diharamkan di negara ini dan perlu melalui proses tapisan sekurang-kurangnya tujuh adegan jika ingin ditayangkan di Malaysia.

Perkara ini didedahkan dalam sidang media yang diadakan oleh wakil dari lapan pertubuhan India Muslim dan pengedar filem tersebut di Malaysia iaitu Lotus Five Star AV.

Sidang media yang diketuai oleh bekas naib presiden MIC, Datuk S. Veerasingam, dipanggil bagi menjelaskan beberapa isu berkaitan filem tersebut termasuk mengapa ia diharamkan daripada ditayang di negara ini buat masa sekarang.

Vishwaroopam mula ditayangkan di pawagam pada 24 Januari lalu tetapi sehari selepas itu terpaksa ditarik balik apabila beberapa kumpulan India-Muslim memprotes dengan mendakwa terdapat beberapa adegan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina agama Islam.

“Pada awalnya sudah terdapat sembilan adegan yang ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia sebelum filem ini diluluskan untuk tayangan umum tetapi kini kita telah bersetuju untuk mengedit tujuh adegan lagi yang akan ‘disenyapkan’ ,” ujar beliau.

Di Tamil Nadu, penayangan filem ini terpaksa ditunda selama 15 hari bagi membolehkan penyelesaian kompromi dapat dicapai di antara penerbit dan pihak-pihak yang memprotes.

KENIKMATAN KETIKA SEDANG ...

on 5 February 2013

TERASA NIKMAT KETIKA SEDANG BEROMEN

Jom tengok gambar nikmat di bawah ini.

SITI SALEHA KINI SINGLE, SEDANG MENCARI KEKASIH BARU

SITI SALEHA KINI SOLO, SEDANG MENCARI BUAH HATI BARU

Pelakon cantik menawan, Siti Saleha mengakui yang dirinya kini solo selepas baru sahaja bulan putus cinta dengan seorang lelaki Inggeris 2 bulan lalu.

"Saya baru saja putus cinta dua bulan lalu. Dia seorang lelaki Inggeris. Hubungan kami terlerai kerana tiada persefahaman. Saya jenis yang tak suka ada masalah. Kalau saya lihat perhubungan itu tak akan ke mana dan lelaki itu seperti tidak serius, lebih baik berpisah. Kami berkenalan pun tak lama, iaitu lebih kurang dalam tempoh sebulan. Jadi, bila terpaksa berpisah, ia taklah terasa sangat" kata Siti Saleha.

KOMEN ZED ZAIDI TERHADAP KEDATANGAN PSY KE PULAU PINANG

KOMEN ZED ZAIDI TERHADAP KEDATANGAN PSY KE PULAU PINANG

Semua sedia maklum bahawa penyanyi Korea yang terkenal menerusi lagu ‘Gangnam Style,’ iaitu Psy bakal datang ke Pulau Pinang pada 11 Februari ini sempena ‘Hari Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN).’
Berita kunjungan Psy ke Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat-peminat hiburan tempatan dan isu ini turut menarik perhatian Presiden Persatuan SENIMAN, Zed Zaidi.
Menurut Zed Zaidi, meskipun majlis tersebut tidak menggunakan duit rakyat, akan tetapi dia lebih gemar sekiranya majlis tersebut mengundang artis tempatan berbanding artis luar negara.


Dalam pada itu, Zed Zaidi turut menyarankan agar pihak berwajib mengutamakan perinsip ’1 Malaysia.’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved