Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SYAMSUL YUSOF SUDAH BERUBAH SIKAP

on 6 February 2013

SYAMSUL YUSOF SUDAH BERUBAH SIKAP

SYAMSUL YUSOF SUDAH BERUBAH SIKAP

Peneraju Skop Production, Yusof Haslam menjawab persoalan mengenai hubungannya dengan anaknya, Syamsul Yuof yang dikatakan semakin renggang kebelakangan ini. 

Yusof Haslam hanya menggertak Syamsul Yusof berikutan beliau yang melambat-lambatkan proses suntingan filem terbaru KL Gangster 2. 

“Sebelum ini, dia mampu siapkan tiga filem setahun termasuk KL Gangster dan Khurafat tetapi KL Gangster 2 sudah mencecah dua tahun pun belum siap,” kata Yusof Haslam. 

“Saya sayangkan dia (Syamsul), sayangkan masa depannya dan berharap sebelum kaki ini berundur, dia mampu membuktikan layak menerajui Skop Production,” tambah beliau lagi.

TONTON ONLINE SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 27

LIVE STREAMING SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 27

Anda peminat Setia Hujung Nyawa lakonan Nelydia Senrose dan ramai lagi, mari tengok secara online beramai-ramai Setia Hujung Nyawa episod 27 bermula jam 7 malam secara online streaming.

LIVE STREAMING SETIA HUJUNG NYAWA EPISOD 27

CITA-CITA NAJWA LATIFF

PEKERJAAN IDAMAN NAJWA LATIFF

Pelantun lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latiff sangat berharap agar keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang akan diumukan kelak mendapat keputusan yang cemerlang.

“Insya-Allah, saya harap keputusan yang bakal keluar awal Mac ini berpihak kepada saya. Peperiksaan percubaan saya mendapat 5A,” jelas Najwa.

Najwa menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan bercita-cita mahu menjadi pensyarah.

“Sejak dulu saya bercita-cita menjadi pendidik seperti ibu yang menabur bakti kepada anak bangsa.”

Semoga kemahuan Najwa Latiff dapat dipenuhi.

SHILA AMZAH MINTA MAAF PADA SEMUA PIHAK APA YANG TERJADI

SHILA AMZAH MINTA MAAF PADA SEMUA PIHAK APA YANG TERJADI

Tiada kenyataan menyimpulkan situasi yang terjadi antara kekasih beliau, Sharnaaz Ahmad & bapanya ND Lala dan Shila Amzah meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat atas apa yang terlah terjadi.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Shila Amzah sendiri melalui sepucuk ‘surat’ kepada semua rakan media awal malam ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkanlah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved