
Twitter syarikat francais burger terbesar dunia, Burger King telah diceroboh atau digodam. Dan apa yang lebih mengejutkan laman Twitter itu telah dimuatkan dengan mesej-mesej daripada pesaingnya, McDonald.
Tetapi McDonald melalui Twitter menafikan yang mereka terlibat dalam insiden hacking itu.
“Kami simpati dengan rakan niaga @BurgerKing. Kami tidak ada kaitan dengan pencerobohan itu,” tulis McDonald dalam twitternya.



