Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Simon Cowell Tidak Peduli Dituduh Gay

on 12 April 2013


Desas-desus yang mengatakan kononnya juri American Idol, Simon Cowell seorang gay tersebar secara berleluasa sejak kebelakangan ini.

Beliau itu sering dilihat dengan seorang lelaki yang kurang dikenal pasti identitinya.

Tetapi Simon langsung tidak mengambil peduli dengan gosip tersebut, malah dia dilihat telah keluar dengan seorang wanita cantik, seperti ingin membuktikan dirinya masih lagi tertarik terhadap golongan wanita.

"Saya tak peduli dan tak perlu malu. Saya rasakan gosip ini mengarut dan lapuk. Ramai saja teman-teman saya yang gay tetapi tidak bermaksud saya juga seperti mereka. Sedikit pun tidak berfikiran seperti mereka," kata Simon.

Puteri Sarah Liyana Dalam Proses Memakai Tudung Sepenuhnya

on 12 March 2013


Setelah putus dengan kekasih hatinya iaitu Ammar Alfian, Puteri Sarah Liyana kini di dalam proses untuk menutup aurat sepenuhnya mengikut kehendak Islam. Langkah pertama yang telah dilakukan oleh Puteri Sarah ialah menukar gambar “profile” Twitternya kepada gambar bertudung.

Comel kan? Kalau sebelum ini Puteri Sarah memang terkenal dengan imej seksi dan gaya hidup yang agak sosial, semoga usaha murni ini akan mengubah peribadi Puteri Sarah. Lagi molek sekiranya bertemu kekasih yang dapat membimbing Puteri Sarah di segi agama. Semoga proses bertudung ini akan dipermudahkan buat Siti Sarah.

6 Gambar Hari Jadi Rozita Che Wan & Dynas Mokhtar

Sekiranya minggu lalu kami telah memaparkan foto sekitar ulangtahun kelahiran Nora Danish dan Elfira Loy, minggu ini kami ingin kongsikan pula foto sekitar ulangtahun kelahiran dua selebriti hot tempatan iaitu Dynas Mokhtar dan Rozita Che Wan yang masing-masing menyambut ulangtahun kelahiran pada 8 dan 9 Mac lalu.

Menerusi foto yang dipaparkan, kek ulangtahun kelahiran Rozita Che Wan kelihatan sungguh comel dan unik, apabila ia dihiasi dengan anak patung ala-ala ‘princess’ dan bertambah unik apabila kek tersebut adalah berperisa durian.






Zain Saidin Hadiahkan Rozita Che Wan Gelang Emas


Bukan hadiah biasa, tapi gelang emas dari Habib Jewels yang dihadiahkan oleh Zain kepada kekasih hatinya, Rozita Che Wan disebuah majlis ulang tahun Rozita yang ke 39 malam kelmarin.

Majlis ini telah dirancang bersama oleh penerbit Zeel Production Sdn Bhd iaitu Fadzil Teh bersama beberapa orang lagi rakan selebriti lain di Publika, Solaris Dutamas.

Dalam pada itu, Zain turut berharap agar harapannya untuk memperisterikan Rozita Che Wan akan tertunai.

“Harap-harap ia akan jadi lebih bermakna dengan niat suci kami untuk bergelar suami isteri. Mana-mana pasangan bercinta pun mengharapkan pengakhiran yang indah untuk ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia ke akhir hayat.

“Ia lebih baik kerana kita boleh berkongsi banyak perkara bersama-sama. Susah senang bersama,” ujar Zain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved