SYARAT BODOH REBAT RM 200 TELEFON PINTAR (3G) - Antara syarat-syarat yang tidak boleh diguna pakai bagi rebat RM 200 untuk telefon pintar ataupun smartphone :
- Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun --> rasanya umur belia antara 21 hingga 40 yang termaktub dalam Kementerian Belia dan Sukan.
- Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM 3000 ke bawah.
- Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500 --> smartphone apa yang boleh dibeli dengan harga RM 500??? errrkkkk
- Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka --> yang terpilih???
- Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis, Umobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ.
Apa pendapat anda???