Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambar Mesej Romantik Antara Lisa Surihani Dan Yusry KRU

on 16 July 2012

Ini adalah mesej romantik antara Lisa Surihani dan Yusry KRU. Setelah beberapa bulan berkahwin, nampaknya kebahagian mereka masih lagi terpancar melalui gaya sistem pesanan ringkas (SMS) antara Lisa Dan Yusry. Jom baca mesej mereka dan nampak sangat sweet.

Inikah Wajah Kita Di Pagi Isnin???

Pagi Isnin ataupun lebih dikenali sebagai Monday Blues. Pasti ramai di kalangan kita yang berada dalam mood yang agak down berbanding hari-hari lain.. Al-maklumlah, selepas 2 hari bercuti, rasa agak keberatan sahaja mahu masuk kerja dan mengadap pelbagai tugasan yang bertimbun-timbun.

Walau apa-pun, mari kita terjah wajah-wajah 'down' di pagi isnin.

 
 
 

SUMBER

Bayi Pelik Diawet

on 15 July 2012

Paparan imej dibawah merupakan antara kelahiran bayi yang pelik didunia ni. Bayi tersebut baru sahaja dilahirkan namun mengalami kecatatan atau pertumbuhan yang tidak normal. Ini berpunca daripada beberapa faktor seperti mutasi genetik yang telah menyebabkan fenomena sebegini berlaku. Setelah dilahirkan, bayi ini hanya boleh hidup selama beberapa bulan sebaik sahaja dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi yang serius justeru membawa kepada kematian .Kelahiran sebegini sememangnya jarang berlaku dan pihak saintis mengambil tindakan untuk mengawet bayi-bayi tersebut sebagai penyelidikan dan rujukan pada masa akan datang.

 
 

SUMBER

3 Perkataan Yang Boleh Merosakkan Hubungan


Terdapat tiga perkataan yang sering dibualkan dalam kehidupan seharian yang mempunyai potensi besar sebagai perosak hubungan. Ketahui tiga perkataan ini agar tidak menggunakan secara salah kepada pasangan anda, bagi mengelakkan terganggunya hubungan yang sekian lama terjalin.

1. TETAPI
Perkataan 'TETAPI' atau 'TAPI' biasanya digunakan di awal atau pertengahan ayat, memadamkan maksud apapun yang diperkatakan sebelumnya. Perkataan ini berfungsi sebagai 'pemadam'. Ertinya, ketika anda berbual dengan pasangan anda tentang beberapa perkara dan kemudian diucapkan kalimah 'TETAPI', maka ucapan anda sebelum itu tidak lagi jadi bermakna.

Contohnya, "Saya mahu buat semua itu, tapi...". Okay, niat anda untuk melakukan sesuatu tidak lagi bermakna selepas perkataan "TAPI" itu muncul. Disarankan, sebaiknya anda gantikan 'TETAPI' dengan perkatan 'DAN' atau 'JADI'.

2. TIDAK
Perkataan 'TIDAK' atau 'TAK' lebih cenderung membawa maksud negatif. Cubalah untuk mengucapkan perkataan yang lebih bermakna positif. Ucapan seperti ini misalnya, "Saya tidak mahu ikut awak ke sana" ada baiknya digantikan dengan ayat yang lebih bernuansa positif, "Saya akan tinggal di rumah saja hari ini".

3. AWAK
Tinggalkan kebiasaan mengucapkan perkataan 'AWAK' atau 'KAMU' di awal ayat, kerana perkara ini akan kelihatan seperti bossy dan suka memerintah.

Tukar bila terniat mengatakan "Awak patut..." dengan mengucapkan "Saya rasa awak patut...". Cubalah untuk tidak bersikap mendominasi atau memerintah semasa berkomunikasi, termasuk dengan pasangan anda.

Kebiasaan berkomunikasi dengan perkataan dan juga bahasa yang lebih positif akan menghasilkan percakapan yang lebih produktif, dan lebih intim. Imbas kembali cara anda dan pasangan anda berkomunikasi. Jika masih terdapat tiga perkataan ini, cubalah untuk mengubah dengan cara yang lebih bersesuaian. Percayalah, dengan mengambil berat tentang hal ini, hubungan anda dan pasangan akan menjadi lebih intim dan mesra.

SUMBER

Video Persembahan Justin Bieber di MTV World Stage Live In Malaysia 2012


Lebih kurang 15,000 penonton terhibur menonton persembahan penyanyi terkenal, Justin Bieber sempena MTV World Stage Live In Malaysia 2012 yang diadakan di Surf Beach, Sunway petang semalam.

Bieber yang tampil pada pukul 6.35 petang itu memulakan persembahan dengan lagu hit, Baby dengan iringan lapan penari latar. Antara lagu yang disampaikan adalah Around the World, As Long As You Love Me, Die In My Arms, Be Alright, One Time Never Say Never dan Boyfriend.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved