Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

VIDEO OOPA GANGNAM STYLE YANG MENGHINA PM NAJIB DAN ROSMAH

on 4 September 2012


VIDEO OOPA GANGNAM STYLE YANG MENGHINA PM NAJIB DAN ROSMAH | VIDEO PARODI - Video parodi Oopa Gangnam Style yang terbaru dikatakan mengutuk Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. Mari saksikan klip video di bawah ini.

GAMBAR PERTUNANGAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE


GAMBAR PERTUNANGAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE - Tanpa publisiti yang meluas, kedua pasangan bercinta ini, Diana Danille dan Farid Kamil telah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012 yang lalu.

Norsiah atau ibu Farid Kamil telah menyarungkan sebentuk cincin kepada bakal menantunya sebagai tanda ikatan antara Diana dan Farid  bertempat di rumah Diana Danielle. Mereka dijangka bertunang selama satu tahun sebelum ditabalkan sebagai suami isteri.

Diana telah menerima 3 dulang hantaran iaitu senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Manakala Farid Kamil pula telah menerima 5 dulang hantaran.

GAMBAR SITI SALAEHA DAN HELIZA DI RUMAH TERBUKA AMAL KL SOGO

GAMBAR SITI SALAEHA DAN HELIZA DI RUMAH TERBUKA AMAL KL SOGO | OPEN HOUSE - Dua pelakon hebat tanah air Siti Saleha dan Heliza telah kelihatan di Rumah Terbuka KL yang berlansung di Sogo Siang Seafood Restaurant pada 28 Ogos 2012.

Majlis itu juga di’serikan dengan persembahan nyanyian oleh Ezlynn dan penyampaian hadiah berserta duit raya untuk semua kanak kanak bertuah yang hadir.

 
 
 
 
 
 
 

GAMBAR MAJLIS RESEPSI USTAZ DON DAN HUSNA

on 3 September 2012

GAMBAR MAJLIS RESEPSI USTAZ DON DAN HUSNA | PERSANDINGAN - Majlis resepsi sebelah lelaki untuk pasangan pengantin baru, Ustaz Don Daniyal dan Husna. Majlis yang telah diadakan di Dewan Kuis  pada 1 September 2012.

 
 
 
 
 
 

SYARAT SITI NORDIANA KAHWIN LAGI


SYARAT SITI NORDIANA KAHWIN LAGI - Artis tanah air, Siti Nordiana hanya akan menamatkan zaman jandanya apabila bertemu dengan lelaki yang boleh menerima kehadiran anak lelaki, Mohammad Ryyan Nakhaie.

Siti Nordiana yang lebih mesra dengan sapaan Nana memberitahu, dia meletakkan perkara itu sebagai kriteria utama dalam mencari jodoh kerana keutamaannya kini adalah kepada anaknya yang berusia empat tahun itu.

“Secara dasarnya saya sudah bersedia untuk kembali berumah tangga dan ciri-ciri yang saya cari adalah lelaki tersebut kena menerima anak saya dan bukan semata-mata diri saya sahaja.

“Tambahan pula tanggungjawab lelaki itu nanti bukan mudah kerana perlu membesarkan anak saya dan sebab itu saya mahu calon suami saya itu nanti benar-benar bersedia,”

Nana sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusop sebelum bercerai pada tahun 2009.

Dalam pada itu, Nana mengakui dirinya sedang berkawan dengan seorang lelaki namun memberitahu hubungan mereka masih dalam peringkat awal.

Nana berkata, dia mahu mengenali hati budi lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved