ISTERI GUNA DARAH HAID DAN AIR MANI GAJAH TUNDUKKAN SUAMI - Tergamak seorang isteri menggunakan darah haidnya dan
air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya,
manakala dia bebas melakukan apa saja.
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan
minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.
Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan
kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain
mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai
Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya,
Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum
berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar
Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang
disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk
menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi
malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah
meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala
hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah
di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui
pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit
dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan
berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia
akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi
sasaran,” katanya.