Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

IBU BERI GANJA KEPADA BAYI 3 BULAN

on 28 October 2012


IBU BERI GANJA KEPADA BAYI 3 BULAN - Seorang ibu yang berusia 29 tahun mengaku memberi dadah berjenis ganja kepada bayinya yang berusia tiga bulan melalui susu badan, lapor media semalam.

Ibu tersebut berasal dari bandar Wanganui dan diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa selama enam bulan.

Wanganui Chronicle melaporkan, polis menahan wanita terbabit dalam pemeriksaan di rumahnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, pensyarah undang-undang Universiti Auckland, Warren Brookbanks, berkata wanita terbabit tidak dapat disabitkan kesalahan jika tidak mengaku salah. “Pendakwa perlu membuktikan wanita terbabit menyedari ganja ada dalam sistem badannya dan dia sengaja memberikan bahan itu kepada bayinya,” katanya.

DARA LAKU RM 2.4 JUTA, TERUNA CUMA RM 9000

on 27 October 2012


DARA LAKU RM 2.4 JUTA, TERUNA CUMA RM 9000 - Seorang penuntut dari Brazil memperoleh bayaran AS$780,000 (RM2.4 juta) hasil lelongan dara di Internet, manakala seorang teruna cuma dibayar AS$3,000 (RM9,000).

Menurut dokumentari berjudul Virgins Wanted dihasilkan seorang karyawan Australia, Catarina Migliorini, 20, dibida 15 peminat dan akhirnya ia dimenangi seorang lelaki warga Jepun - hanya dikenali sebagai Natsu - malam kelmarin.

Sebahagian besar peminat yang ingin meniduri Catarina datang dari Brazil, selain India, Australia dan Amerika Syarikat (AS).

Pemuda yang melelong terunanya dikenali sebagai Alex Stepanov, 21, berasal dari Sydney.

Seorang wanita Brazil memenangi bidaan ke atas Stepanov. Media melaporkan, Catarina akan “dihantar” kepada pembelinya menggunakan kapal terbang.

Dia juga akan ditemubual di sebuah lokasi rahsia bagi menceritakan pengalaman sebelum dan selepas mengorbankan daranya.

“Sejak lelongan ditutup Catarina amat teruja. “Dia bercakap dengan keluarganya dan mereka juga gembira dengan apa yang berlaku,” katanya.

Karyawan yang menghasilkan Virgins Wanted, Jason Sisely, berkata dia memulakan projek berkenaan pada 2009 dan berdepan dengan tentangan banyak pihak apabila poster mengenainya dinaikkan di Sydney serta Melbourne.

TUISYEN JUAL TUBUH


TUISYEN JUAL TUBUH - Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.

Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring. Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka akan dipukul. Setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.

Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

TIADA AIDILADHA DI SYRIA

on 26 October 2012


TIADA AIDILADHA DI SYRIA | Dunia - Seperti kebanyakan rakyat Syria lain yang terpaksa menghadapi keperitan perang, Abu Hamid tidak akan menyembelih haiwan korban pada sambutan Aidiladha tahun ini. Beliau lebih bimbangkan keselamatan dan nyawanya.

Tidak ada sambutan Aidiladha tahun ini kerana semua rakyat Syria menjadi pelarian. Saya sendiri bimbangkan keselamatan dan nyawa saya, katanya ketika ditemui wartawan di sebuah pasar ternakan di Aleppo. Serangan udara di kawasan kejiranannya di Aleppo menyebabkan beliau, isteri, lima anak dan anggota yang lain terpaksa berpindah dan berlindung di kedainya di pinggir bandar itu.

 Perniagaan semakin lembab. manakala peniaga kambing bertungkus-lumus mencari pembeli ternakan mereka dalam tempoh beberapa hari sebelum menjelang Aidiladha.

Saya datang ke pasar hanya untuk mengisi masa lapang dan melihat apa yang berlaku, tetapi saya tidak membeli walau seekor kambing untuk dikorbankan pada Aidiladha kerana saya tiada wang.

Di pasar itu, Hamid melihat banyak kambing pelbagai saiz diletakkan di sebuah kawasan khas untuk dijual, tetapi tidak ramai pelanggan yang datang dan terlalu sedikit pembeli.

Tahun ini tidak sama seperti tahun lalu. Tahun ini tiada Aidiladha di Syria, kata Mohammed Aasi, 20, yang mempunyai sebuah kedai pakaian di Aleppo.

Aasi berkara beliau datang untuk membeli kambing tetapi tidak dapat mencari yang sesuai, manakala harga haiwan itu sangat mahal iaitu kira-kira 15,000 pound Syria (RM662).

Tahun lalu, harganya antara 11,000 hingga 12,000 pound (RM485 hingga RM529). Penduduk tidak mempunyai wang walaupun untuk membeli pakaian baru dan tiada apa-apa yang istimewa kerana semua orang sedang berdukacita.

Harapan untuk gencatan senjata di Aleppo ketika Aidiladha juga seperti yang diumumkan utusan damai Lakhdar Brahimi juga tidak menentu.

Mungkin ada gencatan senjata, saya tidak pasti, tetapi tidak banyak pertempuran hari ini.

Pihak pentadbiran sebuah hospital sementara berkata, hanya enam orang dibawa untuk mendapatkan rawatan semalam, kebanyakannya kerana kecederaan dan mengandaikan ia mungkin kerana gencatan senjata.

GAMBAR KAD UNDANGAN KE MAJLIS PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE

GAMBAR KAD UNDANGAN KE MAJLIS PERNIKAHAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE - Kad jemputan ke majlis perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle telah siap direka juga dicetak. Rekaan yang minimalis berwarna ungu lembut menjadi pilihan mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 November 2012.

 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved