Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SHILA AMZAH MULA DEMAND, RM 25000 UNTUK SETENGAH JAM PERSEMBAHAN

on 12 November 2012



SHILA AMZAH MULA DEMAND, RM 25000 UNTUK SETENGAH JAM PERSEMBAHAN - Satu angka yang besar tetapi pastinya berbaloi. Untuk persembahan Shila Amzah selama setengah jam, bayaran yang dikenakan sebanyak RM25,000. Tetapi, banyak pihak yang dikatakan tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran yang dikatakan terlalu tinggi ini.

"Harga yang kami letak pun mestilah tengok pada kesesuaian majlis. Kami juga kena lihat apa jenis majlis, tujuan dan persembahan itu untuk apa. Bila dah ada persetujuan barulah boleh harga dirunding. Bukan bermakna setiap persembahan mesti bayar RM25,000 sebab kita faham tidak semua majlis ada bajet yang besar. Apapun sesiapa yang mahukan Shila membuat persembahan perlu deal untuk capai kata putus dan bukan dengar kata orang", kata agen Shila Amzah.

PUNCA JUSTIN BIEBER DAN SELENA GOMEZ PUTUS CINTA


PUNCA JUSTIN BIEBER DAN SELENA GOMEZ PUTUS CINTA | Gosip - Selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi remaja tersohor antarabangsa Justin Bieber dan Selena Gomez akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah serta membawa haluan hidup masing-masing.

"Selena berpisah dengan Justin kira-kira 2 minggu yang lalu. Sebabnya ialah kerana mereka sudah tidak mahu mampu untuk menangani jadual kerjaya mereka yang sangat padat.

"Dan ia sesuatu yang sangat mencabar buat mereka. Seperkara lagi, Selena juga mempunyai masalah untuk meletakkan kepercayaanterhadap Justin. Sebelum ini pun, mereka telah beberapa kali berpisah tapi kemudian menyambung kembali hubungan mereka. Sekarang ini berpisah balik.

"Apapun, mereka masih muda. Buat masa ini mereka berpisah lagi, tapi siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkin mereka akan versama semula. Siapa tahu, selepas ini Selena akan mula rasa serius dengan Justin selepas ini," kata satu sumber.

BEDAH PERUT KELUAR SUDU


BEDAH PERUT KELUAR SUDU - Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.

Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.

Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

AKIBAT BANTU 102 ORANG, GURU HUTANG RM 2 JUTA DENGAN ALONG


AKIBAT BANTU 102 ORANG, GURU HUTANG RM 2 JUTA DENGAN ALONG - Niat mulia seorang guru membantu orang lain yang dalam kesempitan dengan meminjamkan wang, memakan diri apabila dia kini menanggung hutang hampir RM 2 juta.

Ibu kepada 12 anak yang bertugas sebagai guru di Sabah itu mengaku dia tidak berfikir panjang apabila menawarkan diri membantu 102 rakan dan kenalannya dengan meminjam wang daripada tiga ceti haram atau along tanpa pengetahuan suami dan keluarganya.

 “Pada awalnya, saya hanya berniat ingin membantu rakan yang terdesak. Mungkin kerana bahagia melihat kegembiraan orang lain, saya langsung tidak terfikir niat baik itu memakan diri,” katanya kesal.

Wanita berasal dari utara Semenanjung hanya mahu dikenali sebagai Masni, 50, berkata, hidupnya makin tersepit apabila rakan yang meminjam mula mengadu tidak mampu membayar semula mengikut jadual dipersetujui sebelum ini, kerana terikat dengan pelbagai komitmen.

“Bayangkan, hanya dalam tempoh kurang sebulan pada Jun lalu, saya sudah meminjam RM685,000 daripada ceti untuk membantu 102 rakan dan kenalan.

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN ANNE NGASRI DAN AHLI POLITIK

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN ANNE NGASRI DAN AHLI POLITIK | Gambar Artis - Walaupun keluarga Anne Ngasri seakan cuba sembunyikan identiti tunang beliau, kehadiran jejaka misteri itu di majlis yang berlangsung tidak membantu dalam misi mereka.

Ahli politik berstatus duda dan mempunyai seorang anak yang dirahsiakan namanya sebelum ini adalah Mohd Sumali Reduan berusia 40 tahun yang ketika ini merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.

“Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja — cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang,” ujar Anne Ngasri.

“Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah,” tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Dia betul betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama sama” , ujar Anne Ngasri.

 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved