Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

DIANA DANIELLE DITAHAN POLIS

on 11 January 2013

 

DIANA DANIELLE DITAHAN POLIS - Desas-desus mengatakan Diana Danielle Danny Beeson, ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia kerana faktor kandungan melebihi bulan yang dibenarkan untuk menaiki pesawat.

“Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana meneruskan pengajiannya,” kata pelakon terkenal, Farid Kamil mengenai perkara itu.

Farid berkata, dia hanya kembali seorang diri ke sini kerana komitmen terhadap kerja lakonan. Sebelum itu, mereka meluangkan masa berbulan madu selama dua minggu di sana sebelum Farid kembali ke tanah air sejak seminggu lalu.

“Dia (Diana) sebenarnya mempunyai temu duga melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana,” sambungnya lagi.

8 GAMBAR LIYANA JASMAY SHOPPING SAKAN

on 10 January 2013

8 GAMBAR LIYANA JASMAY SHOPPING SAKAN - Selebriti tanah air, Liyana Jasmay dan tunangnya Fathudin Mazlan bakal diijabkabulkan pada 2 Februari 2013. Majlis persandingan mereka pula akan dilangsungkan pada malamnya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Atas sebab itu, Liyana Jasmay kini sibuk menyiapkan persiapan untuk majlis pernikahan yang bakal berlangsung kurang dari sebulan dari sekarang.

 
 
 
 
 

ALYAH DITIPU PENGURUS DAN RUGI RM 40000


ALYAH DITIPU PENGURUS DAN RUGI RM 40000 - Pelantun lagu ‘Kisah Hati’, Alyah dikatakan telah ditipu oleh pengurusnya sendiri dan telah mengalami kerugian sebanyak RM40 ribu.

Pengurus Alyah dipercayai telah membawa lari duit itu dan juga minus one Alyah sehingga menyebabkan penyanyi ini terpaksa membatalkan persembahannya yang telah dijadualkan pada saat akhir baru-baru ini.

Alyah meletakkan tanggungjawab urusan kewangan kepada pengurusnya, dipercayai hanya menyedari perkara ini apabila dia mendapati sewa rumah dan juga keretanya sudah beberapa bulan tidak dibayar.

TONTON ONLINE ADAM DAN HAWA EPISOD 80 (AKHIR)


TONTON ONLINE ADAM DAN HAWA EPISOD 80 (AKHIR) - Episod kemuncak Adam & Hawa pada hari ini apabila segala persoalan akan terjawab pada hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod akhir Adam Dan Hawa hanya di saluran Astro Warna ataupun anda boleh menonton secara live streaming Adam & Hawa.

LYDIAWATI KENA MAKI OLEH PEMINAT


LYDIAWATI KENA MAKI DENGAN PEMINAT - Salah seorang pelakon Adam & Hawa, Lydiawati telah mengalami pengalaman mengejutkan apabila seorang peminat telah memaki hamun dirinya di hadapan khalayak ramai.

Siapa tuduh lagi Lydiawati sebagai seorang wanita yang tidak pandai menjaga anak lelakinya. Setahu kami, bila masa pula dia ada anak lelaki? Pun begitu, selepas mendengar isi hati peminat tersebut, barulah pelakon ini faham bahawa peminat tersebut amat memarahi watak ibu kepada Johan yang digalasnya. Apa yang penting, impak yang diterima pelakon drama ini bukanlah sesuatu yang baru.

Namun, kami berharap kepada peminat janganlah bertindak melulu hanya semata-mata terlalu geram dengan watak dalam drama itu. Yang penting, setiap pelakon hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved