SENARAI ORANG TERKAYA MALAYSIA 2013 | ANANDA KRISHNAN ORANG TERKAYA MALAYSIA 2013 -
Bilionair telekomunikasi dan
pemilik Astro,
Tan Sri T. Ananda Krishnan kini bergelar
orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2013 apabila memintas ‘
Raja Gula’,
Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.
Menurut akhbar berbahasa Cina
Nanyang Siang Pau,
Ananda Krishnan dinobatkan orang terkaya di Malaysia 2013 selepas mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham
Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di
Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.
Robert Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia 2012 berdasarkan ranking majalah
Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari
Public Bank,
Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.