Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

6 Gambar Aksi Tak Tahan Nak Kencing Di Tempat Awam

on 19 April 2012

Salam sejahtera, saya percaya semua orang pernah mengalami saat-saat "emergency" seperti ini. Misalnya, jika anda hendak membuang air kecil tetapi tandas tak ada, dimana nak melepas? takkan nak tahan sampai balik kat rumah sedangkan mungkin perjalanan masih berbatu nak sampai.

Tak salah nak melepas walau dimana pun, asalkan carilah tempat yang selesa atau tandas mana-mana restoran dan tempat perhentian. Ini adalah himpunan gambar aksi kencing yang tak tahan nak melepas. jom terjah...

 
 
 

SUMBER

Senarai Negara Yang Memberi Pendidikan Percuma

Banyak negara di dalam dunia ini yangg memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya. mari kita tengok video bagi mendapatkan bukti yang lebih sahih.

1- Pendidikan Percuma di Brunei

2- Pendidikan Percuma di Argentina

3- Pendidikan percuma di Finland

4- Pendidikan Percuma di Norway

5- Pendidikan Percuma di Jerman


p/s: sesebuah negara itu tidak akan bangkrap pun kalau beri pendidikan percuma kepada rakyatnya. 

Ikan Naga Tasik Kenyir Bernilai RM20 Ribu

Ikan Naga Tasik Kenyir Bernilai RM20 Ribu. Kerajaan Terengganu telah meningkatkan tawaran RM10,000 kepada tawaran RM20,000 menangkap ikan naga Tasik Kenyir atau nama saitifiknya Arapaima Gigas.

Tawaran ikan Naga atau nama saitifiknya Arapaima Gigas bernilai RM20,000 tersebut dibuat bagi mengelakkan kepupusan spesies ikan lain di Tasik Kenyir berkurangan dan pupus.

Ikan naga (Arapaima Gigas) merupakan spesies ikan besar dan berasal dari Sungai Amazon. Walaupun spesies ikan Naga bersaiz besar, ikan Naga tidak menyerang manusia dan hanya menjadikan ikan-ikan lain sebagai makanannya.


SUMBER

Awas!!! Ayah Pin Dan Kerajaan Langit Akan Kembali

Selepas sekian lama menghilang, nama Arifin Mamat, 69, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, muncul semula apabila sebuah laman facebook (FB) dipercayai didalangi pihak tidak bertanggungjawab dikesan memuatkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Islam dan negara.

Laman FB yang dikatakan mula dibuka Sabtu lalu, dipercayai didalangi pihak yang cuba menyebar dan mempengaruhi orang ramai ajaran kerajaan langit yang sebelum ini dibawa Ayah Pin dan difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama negara ini.

Selain penggunaan perkataan menghina agama di laman yang menggunakan gambar Ayah Pin dan baru mempunyai empat pengikut itu, terdapat sesalinan perakuan murtad serta salinan daftar pemilih yang disahkan membabitkan kawasan pilihan raya bagi ketua ajaran sesat kerajaan langit terbabit.

Kemungkinan laman FB itu digunakan pihak lain untuk menghina Islam juga tidak boleh ditolak berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pos terbarunya jam 6.15 petang kelmarin yang berbunyi “I cant send friend request because fb suspend it for 2 days and fb urge me to cancel friend all request, what the heck! fb is not user friendly la lagu ni”'.

Semakan Berita Harian terhadap akaun FB itu turut menemui beberapa kata-kata penghinaan seperti ‘Malaysia Babi’ yang dipos pada jam 1.13 tengah hari 15 April lalu serta pos bertarikh 15 April jam 2.24 petang yang berbunyi: “Tidak lama lagi akan mengundi, semoga Dewa Iswara dan Dewa Indra memanjangkan umur saya”.

Setakat ini laman FB Ayah Pin yang menerima komen daripada lebih 56 pembaca turut memuatkan beberapa perkataan lain yang boleh dianggap menghina antaranya, yang diposkan semalam berbunyi “Alhamdulillah ana sudah murtad!! Bebas dari agama palsu!!”

Dalang laman FB itu turut memasukkan secara jelas salinan daftar pemilih yang disahkan menerusi semakan komputer mengandungi nama Arifin Mamat, bernombor kad pengenalan 430622035313, bertarikh lahir 23 Jun 1943, tempat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut serta kawasan mengundi di Parlimen Besut.

Niat buruk pemilik akaun laman itu untuk menghina Islam jelas apabila pada ruangan info pemiliknya memaparkan gambar Ayah Pin dan tertulis perkataan ‘Ayah Pin Islam agama palsu’ sehingga membuatkan orang ramai mendesak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera menutup akaun laman FB berkenaan.

Pengguna, Zaidi Abas, 48, mendesak pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan ia mempengaruhi fikiran terutama generasi muda yang cetek pengetahuan agama.

“Ini amat keterlaluan terutama perkataan yang digunakan nyata menghina Islam dan negara kita. Sama ada akaun laman ini dibuka pihak lain atau Ayah Pin sendiri, itu menjadi tugas SKMM menyiasatnya.

“Mungkin ia bukan dibuka oleh Ayah Pin kerana ada pos yang ditulis menggunakan bahasa Inggeris, tetapi kita tidak boleh memandang ringan perkara ini,” katanya.


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved