Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Unik!!! Hotel Dalam Kapal Terbang

on 28 April 2012

Jumbo Stay Hotel terletak di berdekatan dengan lapangan terbang Arlanda, Stockholm, Sweden. Apa yang menarik mengenai hotel ini ialah ianya dibina di dalam sebuah kapal terbang Boeing 747 yang sudah lama tidak beroperasi. Terdapat 27 bilik beserta sebuah bar dan cafe di dalam kapal terbang ini, bilik yang termahal ada di bahagian kokpit.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ingin lihat hotel paling stylo di dunia, klik sini
SUMBER

(Gambar Dan Video) Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai 27 April 2012

on 27 April 2012

Pelakon popular, Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha telah melangsungkan majlis pernikahannya bersama pasangannya Toh Muda Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai yang juga merangkap anak kepada bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib lebih kurang jam 9.45 malam 27 April 2012.

Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.

 
 
  
 
 
 



ingin lihat lagi gambar sekitar majlis pernikahan Fasha Sandha dan Jejai, klik sini

5 Artis Wanita Korea Berbibir Seksi

Selain memiliki wajah yang cantik, selebriti wanita Korea Selatan ini juga mempunyai bibir yang sangat seksi. Siapakah artis wanita Korea Selatan yang memiliki bibir indah dan seksi ini? Untuk mengetahui jawapannya, sebuah perusahaan kosmetik di Korea mengadakan survey untuk mengetahui siapa artis Korea yang layak bergelar artis bibir seksi.

Survey ini dihadiri sekitar 3759 orang melalui program yang diadakan oleh syarikat kosmetik tersebut. Daripada survey itu, didapati 5 artis Korea yang berjaya dipilih sebagai selebriti wanita bebibir seksi.

Mari kita terjah senarai lima artis wanita Korea yang mempunyai bibir paling seksi...

 
Lee Hyori

Shin Min Ah

 
Ha Ji Won

 Lim Soo Jung
Jeon Ji Hyun

ingin lihat senarai top 5 artis lelaki Korea paling jambu, klik sini

Bercerai tapi tinggal bersama Seperti suami isteri !!!!

Soalan:
Saya dan isteri sudah bercerai dan ketika masih dalam edah kami tinggal dan tidur bersama seperti pasangan suami isteri dengan kerelaan bersama.

Seperti yang diarahkan, kami mengesahkan perceraian itu di mahkamah namun bercadang untuk rujuk kembali secara sah. Adakah saya dan isteri dikira rujuk jika sudah bersama pada malam berkenaan?


Jawapan :
DALAM keadaan itu anda sudah dikira rujuk kembali. Perkara berkenaan hendaklah dilaporkan kepada mahkamah bagi tujuan pengesahan rujuk sebagaimana pengesahan perceraian dibuat di mahkamah.

Dalam keadaan perceraian talak yang boleh dirujuk (raj’i), rujuk berlaku dengan kata-kata atau perbuatan seperti bersetubuh dan dorongan ke arahnya seperti pelukan dan ciuman.

Bagaimanapun Imam as-Syafi’e hanya menerima rujuk melalui kata-kata sahaja (Sabiq 2000, II: 178).


ingin baca lagi soal jawab agama, klik sini
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved