Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Ulat Sebesar Ibu Jari Ditemui Dalam Mata

on 5 May 2012

Seorang lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja, akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak.

Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan, rupa-rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya.

Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki itu telah pulih. Kalaulah ulat besar itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, ulat itu akan terus membiak dengan banyaknya dan bersarang di dalam matanya.

Cuba lihat proses pembuangan ulat besar dari mata lelaki tersebut. Bagaimanakah ulat sebesar ibu jari itu boleh menduduki di bawah kelopak mata lelaki tersebut masih lagi menjadi tanda tanya? Mungkinkah pengurusan hidup yang tidak bersih membuatkan perkara yang aneh ini boleh berlaku?


ingin lihat sakit yang pelik lagi, klik sini
SUMBER

Spesies Penyu Jarang Ditemui

Kira-kira 18 ekor penyu dari spesies jarang ditemui yang diseludup ke Hong Kong telah dipulangkan semula ke habitat asalnya di Filipina. Ketua Jabatan Hidupan Liar Filipina, Mundita Lim berkata, haiwan tersebut dirampas di lapangan terbang Hong Kong pada Februari daripada seorang pelajar warga China.

Turut dirampas bersama adalah 13 kotak penyu biasa. Spesies penyu tersebut hanya ditemui di Kepulauan Palawan yang terletak di barat daya Manila. Hanya kira-kira 120 penyu lagi berada dalam jagaan jabatan hidupan liar negara itu. Lim berkata haiwan berkenaan diseludup masuk untuk dihadiahkan sebagai haiwan peliharaan ataupun dijadikan makanan. Gabenor Palawan menerima haiwan tersebut di lapangan terbang Manila pada Jumaat.

 
 

Astro Atau Awal Dan Scha Yang Tipu Siaran Langsung Majlis Perkahwinan Awal Dan Scha???

on 4 May 2012

Salam sejahtera... Sana sini, hangat diperkatakan bahawa pihak Astro akan menyiarkan siaran langsung mengenai siaran langsung (live) majlis akad nikah (pernikahan) Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tetapi ianya hanya indah khabar dari rupa.

Siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan - Astro atau pihak pengantin (Awal dan Scha) ??? kesian pada para penonton yang menunggu-nunggu siaran langsung majlis mereka termasuklah penulis sendiri. harap pihak Astro atau Awal dan Scha boleh memberi komen.

Senarai Makhluk Yang Sangat Menakutkan

Ada antara gambar gambar di bawah tidak sesuai untuk dilihat pada waktu malam (bagi mereka yang lemah semangat dan takut). Juga TIDAK SESUAI BAGI PEREMPUAN YANG MENGANDUNG!!!

Dover Demon


Percaya atau tidak, makluk ini pernah dua kali dilihat di bandar Dover, Massachusetts, antara 20hb april dan 22hb april 1977.Tidak dapat di pastikan sama ada ianya "makhluk","setan" atau "makhluk asing". Menurut sumber, makluk ini belum pernah ada kes yang melibatkan pembunuhan manusia.

Jersey Devil


Anda boleh agak dari mana makhluk jenis ini berasal hanya dengan melihat namanya sahaja. Menurut sumber, makluk ini dijumpai secara tidak sengaja pada awal 1800an. Makhluk jenis ini dikatakan boleh terbang, mempunyai sayap belakang seperti kelawar, kepala mirip kuda dan mempunyai kuku. Makhluk jenis ini dilaporkan telah banyak membunuh haiwan ternakan seperti kambing dan lembu.

OwlMan


Laporan awal penemuan "owlman" adalah pada 1976. Makluk tersebut dilihat terbang ke Gereja Mawnan pada awal 1976-1978. Owlman hanya dilaporkan dilihat terbang disekitar gereja sahaja. Kelihatan seperti burung hantu, saiz seorang lelaki dewasa, mempunyai telinga dan bermata merah.

Canvey Island Monster


Gambar di atas adalah bangkai makhluk yang dilihat di pantai canvey island di England. Cerita ini bermula sejak tahun 1954. Bangkai lain di temui sekitar 1955. Panjang Makhluk ini adalah 76cm, kulit perang kemerahan dan mata membonjol. Makhluk ini dikatakan mempunyai kaki berbentuk kasut kuda dengan lima jari dan tidak mempunyai tangan. Makhluk ini tidak berbahaya kepada manusia.

Goatman


Makhluk ini mempunyai ciri ciri manusia dan kambing. Ianya bertanduk seperti kambing. Pemerhatian awal makhluk ini dilihat pada awal 1957 di kawasan forestville dan upper marlboro di daerah Prince George. Ianya juga dilihat sekitar tahun 1962.Menurut sumber, makhluk jenis ini akan memotong mangsa dengan kapak besar. Bunyi yang dikeluarkan ketika makhluk ini memotong mangsanya dengan kapak juga menyeramkan. Kalau menurut sumber lain pula, di kalimantan Barat, makhluk ini di panggil "Hantu Kambe".

ingin baca lagi hantu orang Meelayu pulak, klik sini
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved