Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Potong, Jual Dan Makan Daging Manusia

on 2 June 2012

Polis di barat daya China, menahan seorang lelaki disyaki membunuh lebih 20 remaja lelaki dan memotong badan mereka untuk dijual.Laporan media Hong Kong dan China mengatakan, polis membuat penemuan ngeri itu ketika menyiasat kehilangan beberapa remaja lelaki di wilayah Yunnan sejak beberapa tahun lalu.

Laman web Guanxi News melaporkan, Zhang Yongming, 56, ditahan dua minggu lalu di rumahnya di Kampung Nanmen di Yunnan dan kini disiasat di atas pembunuhan remaja 19 tahun lewat April lalu dan kehilangan lelaki lain.

Polis menyiasat rumah Zhang dan menjumpai telefon bimbit, kad bank dan beberapa bukti yang lain.

Laman web itu berkata, berpuluh remaja lain hilang dari kampung itu sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, Zhang seorang yang hidup bersendirian, tidak pernah bercakap dengan jirannya, pernah merengkuk di penjara selama 20 tahun kerana membunuh.

Di kampung itu dia dikenali sebagai “raksasa yang makan daging manusia.”

Laporan media itu turut memetik kata-kata jiran yang berkata, mereka nampak tulang putih terkeluar daripada beg plastik hijau yang digantung di rumahnya.

Akhbar Hong Kong, The Standard, melaporkan, polis menemui mata manusia yang disimpan di dalam botol wain, seperti “wain ular” dan potongan daging yang kelihatan seperti daging manusia digantung untuk dikeringkan, di rumah Zhang.

Polis berkata, Zhang mungkin memberi makan daging manusia kepada tiga anjingnya dan menjual daging bahagian lain di pasar dengan mengatakan ia daging “burung unta.”

Polis tempatan enggan memberi komen dan berkata maklumat akan diberi pada “masa yang sesuai” dan hampir semua laporan mengenai kes itu ditarik balik daripada laman web China, semalam.

Carian atas talian untuk “kehilangan di Yunnan” juga diblok.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, Beijing menghantar pasukan khas ke Yunnan untuk memantau siasatan kehilangan remaja tetapi tidak merujuk kepada butir mengerikan yang terkandung dalam laporan lain.

Polis berkata, keluarga mangsa pada mulanya menyangka mereka diculik dan dipaksa bekerja di kilang membuat batu.

Dua ketua polis dipecat dan kerajaan menggesa supaya kes itu diselesaikan dengan cepat.


SUMBER

Gambar Tiz Zaqyah & Krew Panjat Gunung Kinabalu, Untuk Penggambaran Drama

on 1 June 2012

Menurut Erma Fatima di Twitter, timbul rasa kagum dengan usaha dan juga penat lelah barisan pelakon juga krew penggambaran yang bersusah payah di Gunung Kinabalu.

Mereka berada di sana untuk penggambaran drama Dejavu Di Kinabalu dan salah satu adegan memerlukan mereka untuk mendaki ke puncak Gunung Kinabalu.

Tiz Zaqyah dan Aqasha yang merupakan teraju utama drama ini antara mereka yang perlu memanjat ke puncak tertinggi di Malaysia itu, dan ianya bukan sesuatu yang mudah.

Erma Fatima menulis yang beberapa orang terpaksa berpatah balik termasuk salah seorang jurukamera beliau tetapi sessi penggambaran di’atas sana tetap dapat di’jayakan.

Gambar di bawah ini adalah hasil tangkapan Erma Fatima & Tiz Zaqyah yang mereka kongsikan di laman sosial. Enjoy!

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kerajaan Labur RM2.04 Juta Bawa Masuk K-Pop Untuk Himpunan Jutaan Belia 2012???


Laporan mula bertebaran di laman-laman politik mengatakan kerajaan sanggup berhabis duit untuk motivasi para belia di Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 baru-baru ini.

Penyebaran dua keping dokumen tuntutan daripada sebuah syarikat yang dilantik khas untuk menguruskan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 mendedahkan beberapa perkara.

Yang menjadi perhatian ramai adalah jumlah bayaran yang dilabur kerajaan untuk membawa masuk tiga figura muzik pop Korea iaitu U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

Dalam dokumen yang tersebar ini, jelas menunjukkan yang syarikat itu membuat tuntutan sebanyak RM2.04 juta sebagai bayaran untuk artis dari Korea itu.

Persembahan, hiburan dan artis tempatan menerima peruntukan RM1.8 juta menjadikan jumlah keseluruhan untuk menghiburkan serta memotivasikan belia kita menjadi RM3.84 juta.

 
 

Pertandingan Lumba Buka Bra Di China

on 31 May 2012

Ini merupakan salah satu pertandingan lumba yang aneh dan unik. Selama acara promosi, yang diadakan oleh sebuah 'department store' di bandar Gungzhou, China. Peserta dijemput untuk menguji kemahiran menggunakan bra mereka. Untuk memenangi pertandingan, peserta harus melepas bra dari lapan model, dalam masa sesingkat mungkin, dengan hanya menggunakan satu tangan. Semua lelaki tukang pamer, ingin membuktikan kemampuan mereka, yang berjaya untuk melepaskan semua lapan bra hanya dalam 21 saat.

 
 
 
 
 
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved