Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Membonceng Basikal Halimunan Di Sekitar Bandar

on 4 June 2012

Salam sejahtera... pasti ramai yang pernah menaiki basikal kan, tetapi pernahkah anda semua menaiki basikal halimunan yang unik ini. Apa-apa pun mari terjah gambar basikal halimunan di bawah ini...

 
 
 
 
 
 

SUMBER

(Gambar) Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sandha Dan Jejai Di Perlis 3 Jun 2012

on 3 June 2012

Tahniah buat Fasha Sandha dan Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai yang telah selamat bergelar suami isteri pada tanggal 27 April 2012 lalu. Dan pada 3 Jun 2012 pula, majlis resepsi pengantin baru ini telah diadakan di kampung halaman pengantin perempuan, Perlis.

Resepsi yang hanya menjemput lebih kurang 800 hadirin yang terdiri daripada keluarga, peminat dan media ini mengambil tempat di Tasoh Lake Resort & Retreat.

 
  
 
 
 

Kehidupan Pelacur Bawah Umur Di Bangladesh


Di bandar kecil Tangail, 800 wanita termasuk remaja telah terperangkap dalam pelacuran selama bertahun-tahun. Pelacur remaja di Tangail, sebuah bandar timur laut Bangladesh, memperoleh $ 3,66 ke $ 12,19 sehari selepas melayan 10 hingga 20 pelanggan.

Gadis-gadis kecil ini mengambil Oradexon, untuk mendapatkan badan yang kelihatan lebih gebu dan sihat. Biasanya ini bukan kehendak mereka untuk menjadi pekerja seks tetapi nilai seorang wanita amat rendah di Bangladesh, di mana kita selalu terbaca golongan wanita ditindas terutamanya oleh suami dan keluarga suami. Kita patut bersyukur apa yang kita nikmati di Malaysia. Jika anda ditindas seperti ini, apa pendapat anda?

 
 

SUMBER

Subhan'Allah!!! Wajah Manusia Pada Batang Pokok

on 2 June 2012

Wajah manusia pada batang pokok mengemparkan penduduk Marang. Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing.


Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

Ikuti penjelasan lanjut di bawah ini...


“Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya,” katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat ‘wajah’ itu.

“Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu,” katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

“Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik,” kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved