Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gambit Saifullah Main Poker Di Australia???

on 6 June 2012


Agak lama tidak kita semua dengar gossip terbaru Gambit Saifullah yang beberapa bulan lalu sering dihambat kontroversi. Mungkin merajuk dengan dunia seni hiburan.

Awal Jun 2012 lalu Gambit Saifullah telah terbang ke Sydney, Australia yang berkemungkinan besar dengan tujuan untuk melancong kerana pergi’nya bukan bersama krew produksi.

Petang tadi, melalui Twitter pelakon ini beliau berkongsikan saat saat beliau terlibat dengan satu pertandingan poker yang di’anjurkan di sana — termasuk gambar sendiri.

Dalam satu tulisan beliau, Gambit Saifullah menulis “Wish me luck for my poker tournament people :)” sebelum berkata yang peserta lain di situ menganggap beliau berasal dari Brazil.

Apabila ada salah seorang peminat bertanya sama ada beliau memang serius bermain poker di Australia, Gambit Saifullah pantas menjawab yang beliau sememang’nya professional dalam permainan kad tersebut.

 

Dia Menderita Penyakit Yang Aneh

Sebagai manusia beragama, kita percaya bahawa dugaan yang datang pasti akan ada hikmah disebaliknya. Manusia zaman sekarang ramai yang berlumba-lumba mengejar mengumpul harta dan pangkat. Itu memang hak mereka dan memang tidak ada yang boleh melarangnya. Namun alangkah baiknya apabila harta tersebut dapat menjadi manfaat orang lain, yang lebih memerlukan.

Terutama buat wanita dari China ini. Terpaksa mengemis kerana tidak memiliki duit untuk mengubati penyakit aneh yang sedang dideritainya. Entah apa punca kakinya mengecil dan menghitam seperti mumia yang sudah berusia ribuan tahun. Jelas pada gambar dalam keadaan kaki sebegitu, ianya tidak mungkin masih dapat digunakan.


SUMBER

Panas!!! K-Pop Versi PKR Di Bertam Nite

on 5 June 2012


Saat puak-puak Pakatan Rakyat (PR) mengutuk pihak kerajaan kerana membawa artis K-Pop seksi menyanyi dan menari dalam salah satu program pada hari tersebut. Mendengar komen dan kutukan yang dilemparkan, kita akan rasa seolah-olah pihak yang mengeluarkan kenyataan itu ‘suci’ sifatnya.

Tetapi setelah melihat video klip ini, tertanya-tanya juga…adakah mereka pun sama dua kali lima?



Tak mengapalah, mungkin lepas ini ada 1,001 macam penjelasan dan penafian daripada pihak berkenaan. Sebab itu, memberi teguran tak salah, tapi janganlah sampai mencaci, mencerca dan sebagainya. Bukan apa, takut apa yang dicaci dan dicerca itu PATAH BALIK dan terkena pula batang hidung sendiri.

Adda Butterfly Kena Cerai Selepas 17 Hari Berkahwin, Melalui Telefon



Nur Syuhada atau lebih dikenali Adda Butterfly, 24 telah bercerai selepas 17 hari berkahwin. Ya, hanya 17 hari.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja,” ujar Adda Butterfly apabila di’tanya.

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang”

“Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,” tambah Adda Butterfly yang di’temui baru baru ini.

Adda Butterfly mengakui beliau berusaha untuk menjernihkan keadaan rumahtangga beliau namun semenjak lelaki itu keluar rumah, perbincangan menemui jalan buntu.

Dan akhirnya Adda Butterfly diceraikan melalui telefon.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved