Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kreatif!!! Penghasilan Gula-Gula Kapas yang Unik Di China

on 7 June 2012

Kreatif sungguh hasil tangan dari negara China nie, kebiasaannya gula-gula kapas berwarna pink dan bentuk nyer tak ada la menarik sangat pon. Tapi lain ceritanya di china, di mana warna gula-gula kapas tersebut di pelbagaikan dan penghasilannya juga cukup menarik.

Jom saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini betapa kreatif dan hebatnya mereka menghasilkan gula-gula kapas...

 
 
 
 
 
 

SUMBER

Ganas!!! Inilah Gaya Latihan Pengawal Keselamatan Di China

Inilah antara 20 orang wanita yang menjalani latihan pengawal keselamatan selama 8 hingga 10 bulan yang dilakukan oleh syarikat Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co.

Pelatih terbaik akan ditawarkan syarikat itu peluang untuk menjalani latihan di Akademi Keselamatan Antarabangsa di Israel.

 
 
 
 
 

SUMBER

Nafi Ditaja VIP, Selebriti Ini Lebur RM28,000 Untuk Sehelai Baju

Okay. Ya. Okay. Ya, kami tahu itu duit beliau dan tidak ada sedikit cacat pun hak beliau untuk belanja ke arah mana yang disukai. Namun gossip tetap gossip.

Selebriti yang ditaja orang kenamaan atau VIP bukan satu perkara baru dalam industri hiburan. Namun siapa yang mahu mengaku yang hidupnya bergantung atas orang lain.

Seorang selebriti wanita baru baru ini hebat dikaitkan dengan seorang VIP tetapi kedua dua pihak menafikan mereka pernah berhubungan apatah lagi menjalani kehidupan terlarang.

Salah seorang pekerja di butik pakaian mewah berjenama V datang bercerita tentang perihal selebriti ini yang tidak pernah teragak melaburkan wang untuk fesyen.

Dua hari sebelum berlangsungnya majlis anugerah di Genting Highlands tempoh hari, pekerja butik ini menerima arahan untuk menutup operasi selama beberapa jam untuk kunjungan VIP.

Agak terkejut pekerja butik ini bersama pengurusnya apabila selebriti ini yang melangkah masuk dengan beberapa orang pengawal peribadi ke butik mewah di tengah-tengah Kuala Lumpur itu.

Selebriti itu dikhabarkan meninggalkan butik dengan sehelai persalinan pilihan berharga RM28,000 yang di’bayar dengan tunai, dibawa oleh salah seorang pengawal beliau.


SUMBER

Tahniah!!! Lan Kristal Dan Isteri Sambut Bayi Baru 6 Jun 2012

on 6 June 2012

Satu berita gembira kami daripada vokalis kumpulan Kristal, Lan atau nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yosof dan isteri Nur Sheila Hassim selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 5.29 petang hari ini di sebuah hospital swasta.

Kelahiran terbaru ini merupakan puteri kedua dalam hidup pasangan ini yang mula dibina bersama sejak tahun 2010 lalu setelah bercinta hampir 10 tahun.

Nama bayi perempuan yang masih belum diberi nama setakat ini lahir dengan berat 2.8kg. Tahniah buat Lan Kristal & Sheila atas kelahiran ini. Semoga murah rezeki & semakin berbahagia.


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved