Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Neelofa Dikatakan ‘Busuk Hati’???

on 11 June 2012


Game on. Hujung minggu lalu menerusi sisipan hiburan Berita Harian, Anzalna Nasir tampil berani mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi terhadap Neelofa.

Dalam temubual tersebut, Anzalna Nasir mendakwa yang Neelofa mempunyai niat jahat dan busuk hati semenjak mereka sama sama berada dalam persaingan Dewi Remaja 2010.

“Walaupun tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok”

“Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja”

Neelofa dalam kenyataan balas menerusi Twitter berkata tindakan Anzalna Nasir memberikan kenyataan kepada surat khabar merupakan tindakan untuk menfitnah diri dan keluarga.

“Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar dalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the TRUTH I will do it the official way,” ujar Neelofa melalui Twitter.

Kami tertarik dengan kenyataan Neelofa untuk menyelesaikan perkara ini secara rasmi (official way), adakah kita akan lihat dua selebriti remaja ini naik turun mahkamah tidak lama lagi?

SUMBER

Tahniah!!! Caroline Dinobatkan Juara Mentor 6

on 10 June 2012


Tahniah buat Caroline kerana telah berjaya menjadi juara Mento rbagi musim yang ke-6. Walaupun pada awalnya Caroline mendapat markah terendah (15 markah) daripada juri awam, tetapi nasib menyebelahi Salma dengan bantuan daripada markah juri tetap dan undian sms. Ternyata kelantangan vocal Caroline berjaya menambat hati rakyat Malaysia yang mengundi beliau.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 71 markah untuk Caroline, dia berjaya menjadi Juara mentor 5 diikuti dengan Shiha sebagai naib juara sebanyak 63 markah dan tempat ketiga pula jatuh kepada Iqa dengan 56 markah…

Salma yang juga juara mentor 5 membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze bernilai RM97,800. Manakala Erra Fazira selaku mentor untuk Salma pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000…

Sementara itu Shiha yang juga naib juara mentor 5 membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah Vespa LX150, manakala Datuk Sharifah Aini selaku mentor Shiha pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 sahaja.. Iqa dan Edry KRU yang mendapat tempat ke-3 membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 setiap seorang..

Tahniah buat semua pemenang.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Salma ketika diumumkan sebagai juara kat bawah ni..

Kejam!!! Kereta Kebal Gilis Mayat Sampai Hancur


Askar rejim, Muhammad El-Mahmud yang merakamkan aksi kereta kebal menggilis mayat seorang penduduk hingga hancur dilaporkan telah berjaya dibunuh oleh pasukan Tentera Syria Bebas di Jabal Zawiyah beberapa hari selepas dia melakukan aksi kejam tersebut.

Sementara dalam hari yang sama, 29 rakyat awam dan 3 orang askar yang berpaling tadah dilaporkan terkorban akibat keganasan tentera rejim. 

Menurut sumber Pusat Kajian Hak Asasi Manusia Syria, kerugian yang dialami oleh pasukan tentera rejim juga adalah dalam anggaran jumlah yang besar ekoran pertempuran yang berlaku adalah di luar jangkaan.

Selain itu, jumlah kematian yang tinggi di pihak tentera rejim antaranya berdasarkan faktor semangat juang daripada pihak rakyat awam dan askar yang berpaling tadah yang sama-sama memikul senjata. Mereka ini lebih mengetahui keadaan setempat yang mampu bertahan di pertahanan masing-masing. Tindakan ini menyukarkan pihak askar rejim yang kebanyakannya datang dari luar menyerang kampung halaman mereka.
Menurut sumber itu lagi, jumlah kematian askar rejim yang dicatatkan tidak termasuk ribuan tali barut (syabih) yang berjaya dibunuh oleh rakyat dan tentera bebas.

Zack New Boyz Bakal Berdepan Hukuman Mati Kerana Edar Ganja


Jika bersalah. Ura ura mengatakan Zack New Boyz menjalani hidup serba mewah hasil menjual ganja mula mendapat perhatian awal tahun 2010 yang lalu.

Laporan terbaru oleh Harian Metro hari ini mengesahkan yang Zack New Boyz telah didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara dua tahun lalu dan bakal berdepan hukuman mati.

Zack New Boyz atau nama sebenar beliau Radin Irwan Dzul Karnain Isagani berusia 32 tahun didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Januari 2010 yang lalu sekitar jam 9.20 malam dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bapa kepada dua anak ini ditahan reman sejak ditangkap pada tarikh yang didakwa dan Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September 2012.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved