Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Uncle Seekers Sudah bebas Dengan Jaminan Polis

on 14 July 2012


Pengkaji aktiviti paranormal dan juga pengendali laman blog (www.uncleseekers.blogspot.com), Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih popular dengan panggilan Uncle Seekers dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada jam 12.55 tengah hari. Uncle Seekers ditahan kira-kira jam 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.
Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.

Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata, kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.
Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.

Penari Gelek Melayu Dibayar RM 500 Bagi Aksi 15 Minit


“Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.

Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.

Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong ataupun urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.

Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.

(Video) Perempuan Berzina Ditembak Sampai Mati

on 13 July 2012


Seorang anggota Taliban menembak mati seorang wanita yang dituduh berzina berhampiran Kabul, Afghanistan.

Video yang diperoleh oleh Reuters menunjukkan kumpulan Taliban menjatuhkan undang-undang ini walaupun kejadian berlaku berhampiran ibu kota Afghanistan.

Dalam video ini, seorang lelaki berpakaian serban menghampiri seorang wanita dalam keadaan melutut dan menembak sebanyak lima kali pada jarak dekat dengan senapang automatik. Disahut dengan sorakan kegembiraan oleh penduduk yang menyaksiakn kejadian di sebuah kampung di wilayah Parwan.

"Allah memberi amaran kepada kita untuk tidak mendekati zina kerana ia adalah cara yang salah," kata lelaki yang dekat kepada penembak.



SUMBER

Gambar Justin Bieber Dan Selena Gomez 'Dating' Di Sunway Pyramid & KLCC

 

Kehadiran Justin Bieber dan Selena Gomez di Malaysia adalah bersempena dengan konsert MTV World Stage 2012 Live in Malaysia esok.

Setelah Justin Bieber dan kekasihnya shopping sakan di Wangsa Walk, pasangan tersebut dikatakan menuju ke KLCC dengan menaiki sebuah kereta dan ketika artikel ini ditulis, mereka telah selamat sampai di Sunway Pyramid.

 
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved