Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Blog Anwar Ibrahim Digodam, Papar 'Mesej' Minta Maaf Pada Najib Razak

on 18 August 2012


Terkejut juga apabila banyak blog dari anti-pembangkang (Anti-Pakatan Rakyat) memuat naik cerita ini. Ketua  Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membuat satu perutusan khas sempena Aidilfitri 2012 memohon maaf kepada Dato' Seri Najib Tun Razak menerusi laman blog miliknya (http://anwaribrahimblog.com). Mari kita tengok gambar di bawah.



Adakah Dato' Seri Anwar Ibrahim benar-benar telah membuat satu perutusan khas sempena Aidilfitri 2012 memohon maaf kepada Dato' Seri Najib Tun Razak? Pelik bin ajaib, apabila seorang ketua pembangkang yang dengan lantang menentang urus tadbir oleh kerajaan, secara tiba-tiba membuat pengakuan ini.

Ianya berlaku sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim menamatkan sessi borak di Google Hangout. Beberapa jam selepas itu, satu entri terbaru telah dikeluarkan di blog Dato' Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan perkara yang berlaku.

Begitulah mainan politik Malaysia. Sana-sini bermacam cara dilakukan untuk menjatuhkan pihak lawan. Kita sebagai rakyat dan juga pengundi harus bijak memilih parti mana yang layak memerintah negara.

Takziah!!! Bayi Rini AF Meninggal Dunia

on 17 August 2012


Selepas seminggu bertarung nyawa dengan hanya menggunakan alat bantuan nafas, akhirnya bayi Rini AF telah disahkan telah meninggal dunia.

Bayi yang diberi nama Maryam Joanna telah meninggal dunia pada jam 12.25 tengah hari ini. Bayi comel ini dilaporkan telah jatuh dari katil pada malam 11 Ogos lalu.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Rini AF. Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini lebih-lebih lagi menjelang hari lebaran ini.


Gambar Percutian Beyonce

Selebriti Hollywood terkenal, Beyonce telah pergi bercuti baru-baru ini. Dia telah memuat naik semua gambar percutiannya pada blognya sendiri, iam.beyonce.com. Penyanyi lagu "Run The World" ingin berkongsi setiap detik indahnya bersama peminat.

 
 
 
 
 
 
 
 

Kerana Gosip, Siti Saleha Buang Rakan Facebook


Pelakon cantik manis, Siti Saleha mengambil langkah lebih selamat dengan menyingkirkan rakan Facebook-nya apabila kecoh di media mengatakan dia sedang dilamun cinta dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney. Lebih kurang 1000 orang rakan Facebook telah disingkirkannya.

“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu dimuat naik di Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali,” ulas Siti Saleha berterus-terang.

Dalam masa yang sama, pelakon yang sedang meningkat naik ini sekali menegaskan dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana dia mahu fokus terhadap bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga tidak suka bercerita mengenai kisah peribadinya kepada media.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved