
RUMAH IMUDA DIROMPAK, SUSPEK SEMPAT BERAYA - Pelawak dan pelukis terkenal, Imuda atau nama sebenar Ab Rahim Muda kerugian kira kira RM7,000 selepas menyedari rumahnya di Taman Datuk Ahmad Razali, Kuala Lumpur dirompak selepas pulang beraya di Pulau Pinang.
“Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang,” kata Imuda.
Kawasan kediaman Imuda memang sasaran pencuri untuk melakukan kegiatan mereka & jiran mereka baru sahaja menjadi mangsa bulan lalu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Kita akan mengesan suspek & kes disiasat di’bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika sabit kesalahan, hukuman penjara maksimum 5 tahun dan denda," katanya.





