TAHNIAH!!! SHILA AMZAH JUARA ASIAN WAVE 2012 DAN VIDEO PERSEMBAHAN | Berita Artis - Penyanyi berbakat besar, Shila Amzah telah diumumkan sebagai juara Asian Wave 2012 di Shanghai, China.
Semasa pertandingan berlangsung malam tadi, Shila Amzah telah
menyanyikan tiga buah lagu antaranya Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade
(Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.
Kemenangan ini sebenarnya
adalah kemenangan semua penyokong Shila Amzah (#Shilalas) dan warga
Malaysia yang tak putus-putus mengundi Shila Amzah untuk kategori
peserta popular. Shila bertarung bakat dengan lima finalis lain Asian Wave
daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, dan India.