Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Video Gwiyomi Versi Nora Danish

on 23 April 2013


Siapa tidak kenal dengan pelakon comel yang bernama Nora Danish kan? Nora Danish kelihatan bertambah-tambah comel apabila membuat aksi comel ber-gwiyomi. Jom terjah video Gwiyomi versi Nora Danish di bawah ini. ong gedek gedek


Rezeki Uqasha Senrose Bertambah Selepas Tinggalkan Kerjaya Pramugari

on 13 April 2013


Kakak kepada Nelydia Senrose yang juga seorang pelakon, Uqasha Senrose bersyukur apabila menerima lebih banyak tawaran berlakon selepas beliau melepaskan jawatannya sebagai pramugari.

Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen ataupun lebih dikenali sebagai Uqasha berkata, dia lega apabila kontroversinya sebelum ini iaitu dituduh menjadi orang ketiga dalam perhubungan pasangan selebriti beberapa tahun lepas.

"Ketika kontroversi lama berlaku dulu, diakui saya hilang arah lebih-lebih lagi tawaran lakonan langsung tidak ada, sedangkan waktu itu saya baru mahu berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

"Kerana itu juga saya membuat keputusan meneruskan kehidupan dengan beralih ke bidang lain dengan menjadi pramugari. Tetapi jiwa saya tidak tenang sebab pekerjaan yang saya lakukan itu bukan atas dasar minat," kata Uqasha Senrose yang kini digosipkan sedang bercinta dengan seorang artis lelaki.

Tambah Uqasha, dia juga tidak sangka sejurus selepas berhenti kerja dan ditawarkan berlakon drama Setia Di Hujung Nyawa (TV3), popularitinya terus meningkat.

"Alhamdulillah lepas satu, satu rezeki yang datang lebih-lebih lagi saya kini bernaung di bawah syarikat MIG. Malah saya turut menjayakan dua buah filem iaitu Bencinta dan Paku Pontianak," tambahnya lagi.

Adele Penyanyi Muda Terkaya Dengan Aset RM140 Juta


Pelantun lagu Rolling In The Deep, Adele telah diberikan gelaran penyanyi muda terkaya Britain dengan nilai asetnya berjumlah kira-kira RM 140 juta (£$30 juta).

Penyanyi berusia 24 tahun itu telah disenaraikan antara penyanyi terkaya pada usia bawah 30 tahun menerusi Sunday Times' Rich List 2013.

Cheryl Cole pula menduduki tempat kedua dengan memiliki nilai harta berjumlah RM65 juta (£$14 juta) manakala Leona Lewis dan Katie Melua masing-masing memiliki harta bernilaiRM56 juta (£$12 juta)

7 Gambar Hot Neelofa Pakai Baju Pengantin

on 12 April 2013

Artis baru paling hot Harimau Malaya, Neelofa telah menggayakan pakaian pengantin hasil rekaan pereka terkenal, Syaiful Baharim. Boleh gugur iman kalau tengok lama-lama ni. Haha

 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved