Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Air Paling Sedap Di Dunia (Air Mata Taubat)

on 21 February 2012

Assalamualaikum... "Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya. Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."


p/s: renung-renungkan dan selamat beramal...

Otakimasu!!! Pizza Hut Hot Coupon!!!


Jangan malu-malu nak print dan nikmati penjimatan hebat dari Pizza Hut. Otadakimasu...

Bayi China 6 Bulan Sudah Ada Payudara Akibat Susu Tepung

Salam Sejahtera... Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara. Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah seperti Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing. Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu.

Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami pertumbuhan ini yang terjadi pada bayi berumur enam bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Hormon-hormon ini ialah gonadotropins dan testosteron.

Beberapa pakar mengatakan bahawa ini ialah satu perkara normal yang berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali normal apabila bayi itu berusia dua tahun. Selain itu, ia juga memberi kesan terhadap satu antara 5000-10000 bayi berunsur pertumbuhan rambut di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.


p/s: macam-macam...

Siapa Penyanyi Kumpulan Hip Hop Ditahan Rogol Anak Tiri???

on 20 February 2012

Salam sejahtera... Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop (R&B) popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya. Penyanyi tersebut dikatakan melakukan kegiatan terkutuk itu sejak mangsa berusia 7 tahun.

Menurut Harian Metro, penyanyi tersebut yang pernah berlakon filem ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak kira kira jam 11 malam semalam. Siapa agaknya haiwan bertopengkan manusia itu ya??? Beliau amatlah kejam dan tidak layak hidup di dunia ini lagi.


p/s: dunia semakin zalim...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved