Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kerana Gosip, Siti Saleha Buang Rakan Facebook

on 17 August 2012


Pelakon cantik manis, Siti Saleha mengambil langkah lebih selamat dengan menyingkirkan rakan Facebook-nya apabila kecoh di media mengatakan dia sedang dilamun cinta dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney. Lebih kurang 1000 orang rakan Facebook telah disingkirkannya.

“Gosip yang tersebar baru-baru ini adalah disebabkan gambar saya bersama Syed Adney kira-kira tiga tahun lalu. Gambar itu dimuat naik di Facebook dan saya percaya ada di antara rakan-rakan Facebook yang bertanggungjawab menyebarkan gambar itu. Sebab itu, saya terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Saya sudah singkirkan kira-kira 1000 orang rakan yang kurang dikenali dan yang tidak saya kenali langsung. Saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali,” ulas Siti Saleha berterus-terang.

Dalam masa yang sama, pelakon yang sedang meningkat naik ini sekali menegaskan dia tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki kerana dia mahu fokus terhadap bidang lakonan. Selain itu, Siti Saleha juga tidak suka bercerita mengenai kisah peribadinya kepada media.
Ranking: 5

{ 0 ong gedek gedek... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved