Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Majlis Pernikahan Yusri & Lisa Surihani Di Hotel Marriot Putrajaya

on 24 February 2012

Assalamualaikum... Dengan sekali lafaz, pelakon popular Lisa Surihani Mohamed, 26 bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim, 39 sah menjadi pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya, tepat jam 9:01 malam tadi. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamen. Majlis ni dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga terapat kedua-dua pasangan pengantin ini dan wakil dari pihak media.

 
 

p/s: ramai jejaka akan menangis tengok gambar-gambar di atas ini. ahaha

Bercumbu Beramai-Ramai Semasa Jamuan Di Rumah Bos

on 22 February 2012

Misha: Kau pergi tak?

Ida: Pergi mana?

Misha: Jamuan kat rumah Encik Adi tu

Ida: Ooo …. Jamuan Encik Adi! Seganlah pulak

Misha: Segan apa pulak?

Ida: Dia tu eksekutif, kita ni kuli aje

Misha: Eh! Yang selalu dia buat jamuan tu, kau datang aje. Kali ni pulak yang segannya. Kenapa?

Ida: Selalu tu dia buat kat pejabat, tak le segan. Ni dia buat kat rumah, seganlah nak pergi

Misha: Yang ni dia buat kat rumah le, sebab jamuan sempena cukur jambul anaknya. Kalau jamuan biasa memanglah dia buat kat pejabat, tak kan jamuan cukur jambul anak pun nak buat kat pejabat!! Kau nilah pulak, macam-macamlah. Jomlah pergi, esok aku ambik kau kat rumah.

Ida: Eh! Engkau ni beria-ia sangat ni kenapa?

Misha: Dia tu kan ke ketua kita?! Kenalah kita raikan majlis yang dia buat. Lagipun dia ni lain dari eksekutif yang lain tu. Dia mesra dengan orang bawahan dia, tak sombong dan yang paling penting

Ida: Apa yang penting sangat tu?!

Misha: Dia pandai bercumbu!!

Ida: Pandai bercumbu?!

Misha: A’aa.. tu yang aku suka kat dia tu. Bersama dengan dia kita tak bosan, sentiasa terhibur. Pandai bercumbu!!

Ida: Eh! Mana kau tau? Biar betul ni

Misha: Betul le! Aku kan ke biasa dengan dia?! Takkan kau tak tau, aku selalu juga pergi rumah dia tu, dia selalu buat jamuan makan-makan.

Ida: Eee.. seram aku dengar! Kau skodeng dia dengan isteri dia ke?

Misha: Apa pulak skodengnya? Sama-samalah!!

Ida: Kau dengan Encik Adi? Astaghfirullah..

Misha: Takkan aku berdua dengan Encik Adi aje, tak manislah orang tengok! Sekalilah dengan isteri dia, dengan orang-orang lain yang datanglah.

Ida: Eh!! Teruknya!

Misha: Apa pulak teruknya? Macam inilah baik, dia memang berpangkat tinggi tapi mesra dengan semua orang, tak sombong dan pandai layan tetamu tak kira pangkat.

Ida: Semuanya bercumbu-cumbuan le yek?!

Misha: Ha laa... itu yang seronok tu!!

Ida: Astaghfirullah!! Tak sangka pulak dia macam tu!! Kau tu pun sama, jenis pakai tudung lingkup tapi buat amalan songsang!!

Misha: Eh!! Apasal kau tetiba melenting macam ni. Tetiba aje tuduh orang yang bukan-bukan!

Ida: Bukan tuduhlah!! Kau sendiri yang dah mengaku, kan?! Tak sangka kau dengan Encik Adi terlibat dengan gaya hidup songsang ni!!

Misha: Gaya hidup sangsang apa pulak ni?? Tak faham aku

Ida: Tak songsang kata kau?! Mengamalkan seks bebas, menganjurkan pesta seks … itu tak songsang?!

Misha: Bawak mengucap Ida! Siapa pulak yang buat pesta seks ni?

Ida: Eh! Engkorang le, kan kau tadi cerita engkorang bercumbu-cumbuan beramai-ramai, kan? Itu dah jadi pesta seks le tu.. bertaubatlah Misha, tinggalkan amalan tak senonoh tu!!

Misha: Hahahahaa

Ida: Ketawa pulak dia, orang serius nih!! Perkara macam ni jangan dibuat main-main.

Misha: Hehehee … Aku ketawa sebab geli hati sesangat ni, sampai nak pecah peruk rasanya!! Hikhikhi

Ida: Haa..

Misha: Kau tu dah salah faham!!

Ida: Salah faham apa pulak?

Misha: Bercumbu yang aku cakap ni tadi bukan maknanya bercium-cium macam seks bebas yang kau sangka tu!!

Ida: Makna bercumbu ni, berjenaka, buat lawak!! Encik Adi tu suka berjenaka, suka buat lawak, isterinya pun sama. Itu pasal aku suka pergi rumah dia kalau dia buat jamuan.. seronok!!

Misha: Laa.. ada makna macam tu ke? Macam mana boleh aku tak tau?!

Ida: Tu la, masa kelas Bahasa Melayu masa sekolah dulu kau suka ponteng dan tidur dalam kelas! Hehehe


Bercumbu:
(1) berjenaka, berkelakar, bersenda gurau
(2) mengeluarkan kata-kata manis (sewaktu berkasih-kasihan)
(3) bercium-cium mesra 


Sumber

(Gambar) Misha Omar Dan Firos Ezzwan Bertunang

Salam sejahtera... Penyanyi-pelakon yang pernah popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar, akhirnya selamat melangsungkan majlis pertunangan pada Isnin lalu. Sekaligus menjawab segala spekulasi dan gosip yang timbul sebelum ini, dia kononnya dalam senyap-senyap sudah berkahwin. Malah ada yang kata dia adalah isteri kedua kepada seorang VVIP.

Namun kini yang nyata, penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ni sah menjadi tunangan kepada Firos Ezzwan Rossly, 30, merupakan seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS).

Menerima lima dulang hantaran berbalas lima, pelantun lagu Adam dan Hawa itu rasmi bergelar tunangan kepada Firos selepas disarungkan cincin oleh bakal ibu mentuanya, Asmah Kenin. Hanya rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir, ini kerana untuk memenuhi permintaan kedua-dua keluarga majlis pertunangan Misha & Firos.

 

p/s: melepas sorang lagi si dara impian wahai jejaka-jejaka si luar sana!!!

Anonymous (Hackers) isytihar akan serang Israel

Salam sejahtera... hari ini miera ada satu cerita tergempar yang ingin dikongsikan. Cerita ini adalah mengenai satu kumpulan atau jaringan pengodam antarabangsa iaitu Anonymous. Selepas mereka (Anonymous) berjaya menggodam laman web milik CIA, sekarang ini mereka telah mengisytiharkan 'perang salib' terhadap Israel. Mereka menyatakan Israel telah melakukan 'jenayah terhadap kemanusiaan' dan mengarah kepada 'bencana nuklear'.

Dalam pernyataan mereka yang dikeluarkan Jumaat lalu, Anonymous menuding para pemimpin Israel menciptakan demokrasi palsu, dan hanya melayani kepentingan beberapa orang terpilih saja, sementara menginjak-injak kebebasan masyarakat. Anonymous juga menuding Israel telah memanipulasi pendapat awam dengan kerjasama antara "penipuan media" dan "politik rasuah".

Kumpulan ini berjanji akan melakukan tiga langkah terhadap pemerintahan Israel. Tiga langkah itu diantaranya akan mengeluarkan Israel dari Internet dan menukar Israel menjadi negara bebas. Sementara langkah ketiga tidak didedahkan kumpulan hackers ini.


p/s: berita ini yang miera mahu dengar, harap Anonymous berjaya menggodam negara jahanam itu. ahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved