Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Volkswagen Polo Direka Bentuk Semula (Rebadge) Menjadi Model Baru Proton

on 6 March 2012

Salam sejahtera... Sebelum ini Proton telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar kereta dari Jepun, Mitsubishi untuk mereka bentuk semula (rebadge) Mitsubishi Lancer Evolution X untuk menjadikannya Proton Inspira. Tetapi kali ini Proton telah menjalinkan kerjasama baru dengan sebuah syarikat gergasi automobil dari Jerman, Volkswagen (VW) akan menggunakan Polo sebagai model untuk tujuan direka bentuk semula menjadi model terbaru Proton.

VW juga dikatakan telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang diketuai Soh Wei Ming (ketua operasi VW Asia Pasifik) untuk mengenal pasti kemungkinan pemodelan VW Polo sebagai model terbaru keluaran Proton Holdings Berhad.

Harga seunit model VW Polo yang dijual di pasaran tempatan ketika ini ialah RM113,888, namun dengan mengeluarkannya di bawah jenama Proton melalui pemilik barunya DRB-HICOM, ia mampu dijual dengan harga kompetetif di bawah RM70,000.


p/s: miera tunggu Proton rebadge model Ferrari atau Lamborghini...  (SUMBER)

(Gambar) Cara Orang China Buat Kobis Palsu

Salam sejahtera... Jika sebelum ini di Malaysia, kita digemparkan dengan kewujudan telur palsu atau tiruan. Tetapi lain pula di China, mereka berjaya menghasilkan kobis palsu. Kami tidak tahu bahan apa yang mereka gunakan sehingga ia menjadi 'sebijik' seperti bunga kobis yang asli.

 
 

p/s: Hati-hati semasa membuat pilihan makanan...  (SUMBER)

(YouTube) Anak Dapat Hadiah Pelacur Sempena Hari Jadi

on 5 March 2012

Salam sejahtera... Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, tetapi apa yang berlaku di Nicaragua minggu lalu benar-benar mengejutkan. Kerana terlalu sayangkan anaknya, seorang bapa, Don Cesar mengambil keputusan untuk ‘menghadiahkan’ anak terunanya seorang pelacur sempena hari jadinya yang ke 16 tahun.


Si anak, Juan, mungkin dilihat ‘bertuah’ tetapi tahukah anda, wanita yang dimaksudkan itu hanyalah seorang pelacur tua di sebuah kawasan persundalan murahan di negara tersebut yang dikenali sebagai The Chicken (nama pun dah boleh agak tempat macam mana)

Kisah Cesar dan anaknya itu menjadi perbualan hangat di seluruh dunia apabila ia telah divideokan dan tersebar luas melalui rangkaian sosial FB dan Youtube. Mari kita lihat video rakaman tersebut...


p/s: dunia semakin gila!!!  (SUMBER)

(YouTube) Buat Lagak Ngeri sampai Mati!!!

Salam sejahtera... Karl Wallenda (January 21, 1905 – March 22, 1978) ialah pengasas The Flying Wallendas, sebuah kumpulan keluarga lagak ngeri pejalan tali. Wallenda diketahui sebagai seorang pejalan tali tanpa jaring keselamatan yang sering melakukan aksi yang menimbulkan rasa seriau.


Di sepanjang kariernya, Wallenda telah telibat dengan pelbagai tragedi melibatkan keluarganya sewaktu membuat persembahan, tetapi beliau terselamat. Dia terus membuat persembahan kerana itu ialah apa yang dia sukai. Pada 1978, pada umur 73, Wallenda cuba berjalan di antara dua menara 10 tingkat Condado Plaza Hotel di San Juan, Puerto Rico.

Wallenda gagal mengimbangI badannya apabila angin bertiup lebih dari 48 kilometer sejam. Keluarga Wallenda bagaimanapun mengatakan tragedi itu berlaku kerana 'kesilapan pada wayar', bukannya angin. Seorang krew filem WAPA-TV di San Juan telah merakamkan tragedi itu, dan video itu yang menampilkan narasi Guillermo Jose Torres penuh emosi, telah disiarkan di seluruh dunia.


p/s: ni namanya bunuh diri... SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved