Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Proton P3-21A Bakal Dilancar Pertengahan Mac 2012 (Bulan Ini)

on 7 March 2012

Salam sejahtera... Pengeluar kereta nasional pertama negara, Proton Holding Bhd (Proton) bakal memperkenalkan model baru keluarannya dengan nama kod P3-21A yang mengetengahkan gabungan prototaip konsep Tuah yang dijangka akan dilancarkan pada pertengahan March 2012 (bulan ini).

P3-21A dilengkapi enjin CamPro 1.8L dan 2.0L serta sistem pengecas turbo, adalah kenderaan pertama didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi daripada pembekal perkhidmatan internet YTL Communications, Yes 4G. Ianya dianggarkan bernilai RM65,000 sehingga RM75,000.

Adakah P3 21A model gantian bagi model Persona sedia ada? Terdapat banyak spekulasi yang bermain di fikiran pengguna tentang model terbaru proton itu adalah Proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Untuk kepastian, tunggulah pelancarannya nanti.


p/s: Selepas pelancaran P3-21A mungkin kita akan dapat lihat reka bentuk Volkswagen Polo sebagai model terbaru Proton. Tunggu dan lihat sahaja…  (SUMBER)

Gambar | Bulan Madu Yusri & Lisa Surihani Di Zurich, Switzerland (Eropah)

on 6 March 2012

Salam sejahtera... Yusry KRU dan Lisa Surihani sekarang tengah hangat berbulan madu (honeymoon) di Zurich selepas mereka disatukan pada 23 Februari 2012 yang lalu di Hotel Marriot. Di sini, miera ingin kongsi kebahagian mereka berbulan madu di Zurich, Switzerland sebelum mereka berangkat ke Cannes (France), Itali dan beberapa negara lain di Eropah. Jom terjah...


p/s: nak tengok lagi banyak gambar honeymoon mereka, klik sini  dan sini 
SUMBER

Fasha Sandha Terima Lamaran Jejai | Akan Berkahwin Tahun Ini

Salam sejahtera... Pelakon berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru, Fasha Sandha mengulas pelbagai desas-desus (gosip) terbaru mengenai persiapan perkahwinannya termasuk gambar mereka menghadiri kursus kahwin di Setiawangsa minggu lalu yang mula tersebar di Internet.

“Alhamdulillah saya terima lamarannya dan dia sudah bertemu keluarga saya untuk merisik,” kata pelakon popular, Fasha Sandha kepada hmetro semalam, sekali gus mengesahkan perhubungan kontroversinya dengan kekasihnya, Jejai bakal berakhir di jinjang pelamin tidak lama lagi.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang dan diberikan rezeki, kami berkahwin dalam tahun ini,” kata Fasha mengenai status terkini hubungannya dengan Jejai atau nama sebenarnya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Selain gambar pasangan itu mengikuti kursus persediaan perkahwinan, gambar mereka mencuba busana pengantin di sebuah butik turut tersebar di Internet dan disiarkan di portal hiburan.

Mengulas perkara itu, Fasha berkata: “Memang saya dan Jejai menghadiri kursus kahwin minggu lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ia satu pengalaman yang baru buat saya.

“Saya akur dengan gambar yang tersebar kerana status sebagai selebriti membuatkan saya tidak boleh lari. Namun, perkara baik seperti ini tiada apa yang perlu disembunyikan lagi.”

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai tarikh dan lokasi perkahwinan, Fasha enggan memberitahu kerana belum bersedia dan menanti waktu sesuai untuk diumumkan.


p/s: ramai artis yang telah dan akan berkahwin tahun ini...  (SUMBER)

Volkswagen Polo Direka Bentuk Semula (Rebadge) Menjadi Model Baru Proton

Salam sejahtera... Sebelum ini Proton telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar kereta dari Jepun, Mitsubishi untuk mereka bentuk semula (rebadge) Mitsubishi Lancer Evolution X untuk menjadikannya Proton Inspira. Tetapi kali ini Proton telah menjalinkan kerjasama baru dengan sebuah syarikat gergasi automobil dari Jerman, Volkswagen (VW) akan menggunakan Polo sebagai model untuk tujuan direka bentuk semula menjadi model terbaru Proton.

VW juga dikatakan telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang diketuai Soh Wei Ming (ketua operasi VW Asia Pasifik) untuk mengenal pasti kemungkinan pemodelan VW Polo sebagai model terbaru keluaran Proton Holdings Berhad.

Harga seunit model VW Polo yang dijual di pasaran tempatan ketika ini ialah RM113,888, namun dengan mengeluarkannya di bawah jenama Proton melalui pemilik barunya DRB-HICOM, ia mampu dijual dengan harga kompetetif di bawah RM70,000.


p/s: miera tunggu Proton rebadge model Ferrari atau Lamborghini...  (SUMBER)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved