Salam sejahtera... sejak kebelakangan ini, kita disajikan berita artis popular Malaysia dengan berita perkahwinan dan pertunangan. Dan pada kali ini, miera dapat tahu Ratu Rock Negara, Ella sudah merancang untuk mengakhiri zaman bujang dan berkahwin dengan jejaka bernama 'A'!
Khabarnya lelaki tersebut adalah seorang yang berkerjaya, kacak dan tinggi lampai. Sebelum ini, Ella dan jejaka hatinya ini pernah bercinta, namun putus kerana tidak sehaluan. Sudah takdir, kini mereka ditemukan semula untuk mewarnai hidup masing-masing.
Wahhh, maknanya kali ini Ella benar-benar akan berkahwin dan kepada semua peminat Ella diluar sana yang sudah lama memendam rasa, maka pendamlah lagi lama-lama. Kini, ratu rock negara akan pergi meninggalkan hati jejaka yang lara diluar sana. Itulah, 40 tahun Ella ‘single’, semua jual mahal, kan dah melepas.
p/s: tahun 2012 adalah tahun mengawan. Siapa setuju??? (
SUMBER)