Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Pembunuh Kejam Adik Nurul Nadirah (Dirang) Ditangkap

on 14 March 2012

Salam sejahtera... Tak dapat nak dibayangkan pembunuh kejam adik Nurul Nadhirah punya hati yang macam mana? Hanya kerana RM30 000, sanggup membunuh seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang tidak berdosa selepas itu dibakar hingga rentung.

Ibu Nurul Nadirah, Roselyn sebelum ini melaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang wanita yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Nurul Nadirah ataupun nama manjanya, Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30 000. Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.


Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

 

p/s: Semoga Allah cucuri rahmatNya ke atas roh adik Nurul Nadirah dan memberikan ketenangan dan ketabahan kepada kepada ibunya yang mengasihinya. ingin tengok gambar di tempat kejadian, klik sini (SUMBER)

Yahoo! Saman Facebook

Yahoo! semalam telah menfailkan saman terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan di Mahkamah California.

Tuntutan saman setebal 19 muka surat menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.


p/s: adoi!  (SUMBER)

Berzina Ketika Konsert Live

on 13 March 2012

Salam 1Malaysia... Sepasang kekasih iaitu Tommy Hol Ellington, 28 melakukan hubungan seks dengan buah hatinya, Leona Johansson, 21 di atas pentas ketika konsert secara lansung (live). Lebih teruk lagi, konsert ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran cintakan alam sekitar dan melindungi hutan. Tidak cukup dengan itu, mereka telah mewujudkan laman web porno untuk hutan. Ini laman webnya ->> fuckforforest


p/s: MasyaAllah!!!  (SUMBER)

Liyana Jasmay Bertunang 28 Mac | Gaun Pertunangan Berharga RM10,000 Rekaan Rizman Ruzaini

Salam sejahtera... Seperti yang semua sedia maklum, pelakon dan penyanyi remaja popular, Liyana Jasmay, 24, bakal bertunang pada 28 Mac ini dengan jejaka pilihannya, Fathuddin Mazlan yang juga jiran tetangga Liyana Jasmay.

Pada majlis pertunangan itu, Liyana Jasmay akan mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading. Gaun moden tersebut bernilai RM10,000 direka oleh pereka fesyen popular, Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris.

 
 

jom tengok gambar bakal tunangan Liyana Jasmay, klik sini
SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved