Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Berita Gempar!!! Tsunami Bakal Melanda Georgetown, Port Dickson Dan Singapura 11 April 2012

on 11 April 2012

Berita terbaru yang baru diterima Gempa berukuran 8.9 skala Richter melanda Semeuleu, Aceh. Gempa ini terjadi pada 03.38 petang waktu tempatan.

Amaran tsunami:

GEORGETOWN, PENANG: ESTIMATED TIME OF
TSUNAMI HITTING THE COAST AT 9.11PM

PORT DICKSON: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI
HITTING THE COAST AT 2.10AM

SINGAPORE TSUNAMI ALERT: ESTIMATED TIME OF
TSUNAMI: 7.51AM TOMORROW

PLEASE ALERT ALL YOUR FAMILIES AND FRIENDS
WHO ARE STAYING ON WEST COAST OF MALAY PENINSULA.
---

9:11 - Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari
kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara
kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang
mahu mengetahui.

2:10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik
itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki),
maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada
mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa
yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka
berdusta (dan mendustakan kebenaran).

7:51 - (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-
perkara ugama mereka sebagai hiburan yang
melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala
kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada
hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan)
mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak
hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari
mereka ini, dan juga kerana mereka selalu
mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

Wallahualam...

Rita Rudaini Terima SMS Permohonan Cerai Dari Aidil Zafuan

Satu petikan ringkas di muka depan Utusan Malaysia hari ini memaparkan kisah pergolakan rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan nyata masuk ke fasa penceraian apabila laporan akhbar menyebut Aidil Zafuan sudah pun membuat satu permohonan untuk bercerai dengan isterinya Rita Rudiani.

Paling menyedihkan, berita Aidil Zafuan memohon penceraian telah diterima pada hari Rita Rudaini menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke 36 semalam.

Ianya bermula dengan Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Bergaduh Di Twitter. Aisil Zaquan pula dikatakan telah keluar meninggalkan Rita Rudaini dan anak mereka. Menurut cerita Rita Rudaini, Aidil menurut kata telunjuk adik kembar dan isterinya untuk keluar rumah sehingga ke hari ini.


SUMBER

Gempar!!! VIP Taja Undian Tasha Shilla Untuk Menang Artis Baru Wanita Popular???

Kontroversi lagi. Kali ini pasal Tasha Shilla yang menang kategori Artis Baru Wanita Popular. Ada juga terbaca dalam Facebook yang undian paling tinggi selepas Aaron Aziz untuk kategori Bintang Paling Popular adalah Tasha Shilla.

Ada kemenangan yang sememangnya sudah kita jangkakan namun paling mengejutkan ada pihak yang mula mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz selain menuduh Tasha Shilla yang menang kategori Artis Baru Wanita Popular sebab kononnya dia mendapat tajaan VIP untuk beli borang dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) undi daripada peminat.

Cerita itu telah tersebar pada malam selepas majlis ABPBH 2011 selesai. Biasalah, dalam mana-mana anugerah pun akan ada kontroversi lebih-lebih lagi yang bercorak undian masyarakat. Mungkin juga itu semua cakap-cakap di belakang yang masih terperanjat dengan kemenangan mengejut Tasha Shilla sebagai Artis Baru Wanita Popular.

Semua itu hanya andaian semata-mata kerana tahap apa yang lebih penting setiap undian yang masuk itu adalah menerusi borang khas dan semua kiraan undi itu diaudit oleh badan khas yang dilantik pihak penganjur.

Soal tuduhan artis mendapat tajaan VIP untuk menang mestilah ada bukti. Nanti silap cakap bahaya. Janganlah kita dengki-dengki sebab semuanya adalah rezeki masing-masing.

Umum mengetahui populariti ini adalah perkara subjektif dan jangan kita ingat yang selalu keluar majalah atau akhbar itu petanda sudah cukup popular.

Apapun, selamat maju jaya untuk Tasha Shilla.


SUMBER

Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari

Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh?

Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan caesar.

Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

Pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut. Walaupun usaha itu tidak dapat membantu nyawa Jayne, tapi usaha itu dilakukan bagi si bayi yang ada di dalam rahimnya agar dapat diselamatkan. Doktor juga memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.

Setelah pasukan doktor berjaya mengangkat bayi dari rahim Jayne, si bayi kecil itu di letakkan di bahu ibunya untuk memberi mereka masa bersama sejenak kemudian Aya dibawa ke unit rawatan intensif.

Nama Aya yang diberikan si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.

 
 
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved