Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Cara Kesan Kedai Makan Yang Guna Pelaris (Jin)

on 6 May 2012

Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?

Cara mudahnya sahaja :

Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


SUMBER

Kuil Payudara Di Jepun

Sebuah kuil yang dibina khas untuk payudara wanita mungkin terdengar lucu bagi kita, tetapi di Jepun, ini adalah tempat yang benar-benar suci.

Terletak di Kota Soja di Prefektur Okayama Jepang, Kuil Karube didedikasikan untuk Chichigamisama, Dewi Payudara. Ia dipercayai dapat membantu kelahiran anak, produksi ASI dan dipercayai dapat mengubati kanser payudara. Dibangunkan pada 1678, kuil ini menjadi terkenal kerana pohon sakura mati yang masih berdiri di dekatnya.

Tujuannya kul ini didirikan untuk berdoa mengenai hal payudara. Ramai perempuan dari seluruh Jepun akan datang untuk berdoa untuk menyembuhkan penyakit. Mereka boleh meminta apa sahaja daripada Dewi Payudara sama ada mengenai penyusuan anak sehingga ke membesarkn payudara.Permintaan itu boleh di tulis diatas papan kecil dan di gantung di kuil itu.

 
 
 
 

ingin baca info menarik mengenai payudara lelaki dan wanita, klik sini
SUMBER

Ulat Sebesar Ibu Jari Ditemui Dalam Mata

on 5 May 2012

Seorang lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja, akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak.

Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan, rupa-rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya.

Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki itu telah pulih. Kalaulah ulat besar itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, ulat itu akan terus membiak dengan banyaknya dan bersarang di dalam matanya.

Cuba lihat proses pembuangan ulat besar dari mata lelaki tersebut. Bagaimanakah ulat sebesar ibu jari itu boleh menduduki di bawah kelopak mata lelaki tersebut masih lagi menjadi tanda tanya? Mungkinkah pengurusan hidup yang tidak bersih membuatkan perkara yang aneh ini boleh berlaku?


ingin lihat sakit yang pelik lagi, klik sini
SUMBER

Spesies Penyu Jarang Ditemui

Kira-kira 18 ekor penyu dari spesies jarang ditemui yang diseludup ke Hong Kong telah dipulangkan semula ke habitat asalnya di Filipina. Ketua Jabatan Hidupan Liar Filipina, Mundita Lim berkata, haiwan tersebut dirampas di lapangan terbang Hong Kong pada Februari daripada seorang pelajar warga China.

Turut dirampas bersama adalah 13 kotak penyu biasa. Spesies penyu tersebut hanya ditemui di Kepulauan Palawan yang terletak di barat daya Manila. Hanya kira-kira 120 penyu lagi berada dalam jagaan jabatan hidupan liar negara itu. Lim berkata haiwan berkenaan diseludup masuk untuk dihadiahkan sebagai haiwan peliharaan ataupun dijadikan makanan. Gabenor Palawan menerima haiwan tersebut di lapangan terbang Manila pada Jumaat.

 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved