Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Diana Danielle Sudah Berkahwin???

on 31 May 2012

Awal bulan lalu kecoh kononnya pelakon cantik dan jelita, Diana Danielle lari dari rumah selepas bergaduh dengan ibunya, Norsiah Ramli gara-gara tidak merestui perhubungan cintanya dengan aktor, Farid Kamil. Ekoran dari kontroversi tersebut, Diana telah tampil memberi penjelasan kononnya cerita itu tidak benar dan mengakui hubungan beliau dengan ibunya masih baik dan tidak mempunyai masalah seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut sumber, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson ini pada majlis Malam Gala Tayangan Media Filem ‘Jiwa Taiko’, malam tadi dan pelakon filem Magika ini memberitahu tidak kisah dengan kontroversi yang timbul dan menganggap ia sebagai lumrah dunia artis.

“Sebelum ini ramai yang tanya mengenai isu ini dan di sini saya nak tegaskan yang saya tak pernah lari dari rumah, tak pernah gaduh dengan ibu saya ataupun lari berhari-hari meninggalkan keluarga tanpa khabar berita. Saya tak sekejam macam itu.

“Saya juga tak gaduh dengan ibu saya pasal Farid kerana tak ada isu pun kami nak bergaduh pasal hal itu sebab beliau tidak kisah dengan perhubungan kami dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Mungkin ramai yang bertanggapan kami bergaduh sebab dah lama tak nampak ibu saya ikut saya di mana-mana majlis.

“Sebenarnya, ibu saya tak ikut saya sekarang sebab dia dah tak larat. Umurnya pun semakin meningkat, jadi dia mengambil keputusan untuk memperlahankan aktivitinya dari menguruskan karier seni saya. Bagi saya, benda ini buang masa saja untuk saya perjelaskan. Apapun, saya tak kecewa dengan kontroversi ini dan saya anggap ia lumrah sebagai anak seni.”

Ketika majlis tersebut, Diana turut ditemani kekasih hatinya itu memakai sebentuk cincin yang tersarung di jari manis Diana. Diana Danielle berkata pada sumber bagi entri ini, “Mana ada, ini hanya cincin pemberiannya sempena ulangtahun ketiga percintaan kami.".

“Tidak dinafikan dari dulu perhubungan kami memang ada hala tuju. Cuma apa yang boleh saya katakan, bila semuanya dah pasti nanti, saya akan beritahu dan kongsi dengan semua. Buat masa ini saya tak berani nak cakap lagi sebab takut nanti tak jadi,” tambah beliau lalu mengakhiri perbualan.

 

SUMBER

Zhang Ziyi Nafi Terlibat Skandal Seks RM347 Juta

Tidak sampai 24 jam selepas kami menyiarkan berita berkaitan skandal seks Zhang Ziyi yang dikhabarkan bernilai RM347 juta, aktress popular China ini mula bersuara walaupun bukan secara langsung.

Melalui blog beliau awal hari ini, Zhang Ziyi yang kini terlibat dalam sesi penggambaran filem di selatan China berkata, "orang boleh menerima angin sebagai hujan" dengan menggunakan imaginasi mereka.

Kenyataan sinis oleh Zhang Ziyi itu diambil oleh media China sebagai penafian daripada aktress ini akan skandal seks beliau yang turut melibat bekas pegawai kerajaan China, Bo Xilai.

Pelbagai saluran media China semalam melaporkan yang Bo Xilai membayar sejumlah wang yang besar untuk meniduri Zhang Ziyi sekurang-kurangnya 10 kali sehingga tahun 2011.

Bukan Bo Xilai seorang, Zhang Ziyi dilaporkan menawarkan khidmat seks kepada beberapa orang ternama China yang lain dengan jumlah keseluruhan transaksi kira-kira RM347 juta.


SUMBER

Hukuman Paling Sadis Di Dunia

Kekejaman terhadap penjahat yang dilakukan awam di China selama masa Dinasti Qing atau dikenali sebagai Dinasti Manchu (1644-1912). Tidak diketahui dengan tepat bila foto itu dibuat dan di mana lokasinya dan inilah hukuman terberat bagi penjahat. Pada tajuk foto dituliskan “Kematian Kerana Ribuan Potongan”. Hukuman ini diberi nama LING CHI iaitu dijatuhkan dengan cara dipotong satu persatu organ tubuh, agar si pesalah mati dalam penderitaan.

Biasanya pelaksanaan hukuman berlangsung selama 3 hari. Namun selalunya dalam beberapa jam si pesalah sudah mati. Seseorang hanya dijatuhkan hukuman ini jika dia melakukan kejahatan yang amat besar. Contoh untuk kes diatas adalah foto tersebut diambil ketika hukuman keatas seorang pembunuh keluarga diraja.


SUMBER

(6 Gambar) Patung Barbie Paling Mindblowing Dan Menyeramkan

on 30 May 2012

Sebut sahaja Barbie Doll, pasti ramai akan terbayang susuk tubuh patung yang comel dangan baby face. Tetapi ianya bakal menjadi mimpi ngeri bagi peminat patung Barbie apabila melihat patung Barbie diubah menjadi makhluk yang mempunyai susuk tubuh mindblowing lagi menyeramkan!

Patung ini merupakan sebuah projek yang dihasilkan oleh Sabrina Zbasnik dan ianya dinamakan Cthulhu Barbie.
  
 
 
  
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved