Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Porsche Hancur: Lindsay Lohan Masuk Hospital Selepas Kemalangan

on 9 June 2012

Sekitar jam 3.00 pagi (waktu Malaysia), kereta Porsche hitam yang dipandu Lindsay Lohan merempuh belakang sebuah lori tayar 18 di sekitar lebuhraya pantai di Santa Monica.

Lindsay Lohan telah dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian bersama pembantu beliau & khabarnya sudah keluar selepas disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

Pihak berkuasa mengesahkan yang pemandu lori tersebut dan Lindsay Lohan masing-masing tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan ini berlaku.

Wakil Lindsay Lohan memberitahu yang pelakon itu sedang dalam perjalanan pulang ke set penggambaran filem Liz & Dick ketika kejadian berlaku dan kini semuanya kembali normal.

 
 
 

SUMBER

Jadual Penuh Euro 2012 Waktu Malaysia

on 8 June 2012

 

Jadual Penuh bagi perlawanan EURO 2012

(20 Gambar) Konsert Christina Perri Di Malaysia


Buat pertama kali, malam tadi penyanyi Jar of Hearts ini mengambil pentas di KL Live untuk menghiburkan lebih 3,000 peminat beliau. Christina Perri sememangnya menjadi satu figura yang dinanti-nanti sejak tiga tahun kemunculan beliau di dunia seni hiburan dunia.

Penantian peminat di Malaysia berbaloi dengan persembahan bertenaga Christina Perri yang diiringi band beliau sendiri di pentas KL Live, Life Center. Beliau mendendangkan barisan lagu daripada album sulung beliau, Lovestrong dan juga beberapa buah lagu baru.

Kehadiran pasangan viral, Timothy Tiah & Audrey Ooi memeriahkan suasana konsert apabila Christina Perri mendendangkan lagu A Thousand Years yang menjadi lagu tema lamaran yang kini mencecah hampir 3 juta tontonan di Youtube.

Mengakhiri konsert sulung beliau dengan lagu berhantu, Arms, Christina Perri berjanji kepada peminat beliau yang hadir yang beliau akan kembali ke Malaysia satu hari nanti.

  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Subhan'Allah!!! Pantai unik tanpa lautan di Sepanyol

on 7 June 2012

Sebuah pantai pasti nyer memiliki hamparan laut yang luas. Biasanya, orang datang ke pantai untuk bermain air dan menikmati ombak. Tapi ada pantai berbeza dari lain-lain pantai di dunia ini dimana terdapat satu pantai yang berada di salah satu bandar kecil di Sepanyol.

Pantai ini diberi nama Playa de Gulpiyuri atau sering juga disebut Pantai Gulpiyuri. Pantai ini terletak di sebuah pantai kecil dekat dengan pinggir pantai sebelah utara Sepanyol, dekat dengan Llames.

Sebenarnya pantai ini hanya berjarak 100 meter dari laut, tapi dihalang oleh bukit dengan gua-gua di bawahnya sehingga air dari Bay of Biscay atau pantai Biscay masih dapat masuk ke Pantai Gulpiyuri ini.

 
 
 
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved