Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(20 Gambar) Konsert Christina Perri Di Malaysia

on 8 June 2012


Buat pertama kali, malam tadi penyanyi Jar of Hearts ini mengambil pentas di KL Live untuk menghiburkan lebih 3,000 peminat beliau. Christina Perri sememangnya menjadi satu figura yang dinanti-nanti sejak tiga tahun kemunculan beliau di dunia seni hiburan dunia.

Penantian peminat di Malaysia berbaloi dengan persembahan bertenaga Christina Perri yang diiringi band beliau sendiri di pentas KL Live, Life Center. Beliau mendendangkan barisan lagu daripada album sulung beliau, Lovestrong dan juga beberapa buah lagu baru.

Kehadiran pasangan viral, Timothy Tiah & Audrey Ooi memeriahkan suasana konsert apabila Christina Perri mendendangkan lagu A Thousand Years yang menjadi lagu tema lamaran yang kini mencecah hampir 3 juta tontonan di Youtube.

Mengakhiri konsert sulung beliau dengan lagu berhantu, Arms, Christina Perri berjanji kepada peminat beliau yang hadir yang beliau akan kembali ke Malaysia satu hari nanti.

  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

waahhh seronoknye laaa hai..ade gak mmber yang p cna mlm td..


8 June 2012 at 11:01
Remy hazza said...

byk nyer tatu.......
ganaz nie !!!! he3


11 June 2012 at 16:14
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved