Tiada drama mahu pun sebarang kenyataan pemedih hati antara mereka. Rumahtangga Sasha Elite dan suaminya, Salyo Priyanto yang dibina selama lima tahun nampaknya tidak panjang.
Laporan mStar Online menyebut yang Salyo Priyanto melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha Elite di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.
Pasangan ini disahkan bercerai oleh mahkamah sekitar jam 2.55 pagi dan kedua dua mereka dilihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai dilakukan.
Sasha Elite dan Salyo Priyanto telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan alasan tiada lagi persefahaman selain mereka berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.
Salyo Priyanto di’arahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 selama 3 bulan selain turut bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.
SUMBER