Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Pembantu Rumah Belasah Bayi Majikan

on 13 July 2012


Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian ‘amuk’ wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas dihalang majikannya yang terdengar tangisan anaknya dalam kejadian jam 10.30 malam itu.

Difahamkan, wanita terbabit hilang pertimbangan gara-gara tidak puas hati dengan seorang daripada anggota keluarga majikannya itu sebelum mengamuk dengan melepaskan geram terhadap bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, suspek mengetahui majikannya berada dalam rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek yang hilang pertimbangan menendang bayi terbabit menyebabkannya menangis akibat kesakitan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

SUMBER
Ranking: 5

{ 5 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

muda2 dah hilang pertimbangan....
ternyata, dunia semakin sesak...stress dan hilang moral.....


13 July 2012 at 09:21
yusuflaili(Goku) said...

masalah kemurungan,stress dan tekanan ditempat kerja memang menjadi2 sekarang ni..kena ambil perhatian tentang pekara ni.


13 July 2012 at 11:34
wani sc said...

insane! bayi yang jadi mangsa..


13 July 2012 at 11:52
Diari Si Froggie said...

Kerana nafsu bayi jadi mangsa..


13 July 2012 at 14:13
Hanif said...

Hiss...tension pun jangan lepaskan kat budak-budak!!


13 July 2012 at 17:49
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved