Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Pembantu Rumah Belasah Bayi Majikan

on 13 July 2012


Tangisan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang dipijak dan disepak terajang pembantu rumah warga Kemboja, menyelamatkannya daripada terbunuh dalam kejadian ‘amuk’ wanita terbabit di sebuah rumah dua tingkat di Gombak, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 20-an itu yang bekerja sejak lebih setahun lalu dengan pendapatan bulanan RM1,300 berhenti melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu selepas dihalang majikannya yang terdengar tangisan anaknya dalam kejadian jam 10.30 malam itu.

Difahamkan, wanita terbabit hilang pertimbangan gara-gara tidak puas hati dengan seorang daripada anggota keluarga majikannya itu sebelum mengamuk dengan melepaskan geram terhadap bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian, suspek mengetahui majikannya berada dalam rumah berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek yang hilang pertimbangan menendang bayi terbabit menyebabkannya menangis akibat kesakitan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

SUMBER

Panas!!! Kondom Perisa Zam Zam

on 12 July 2012


"Keep the Satan away during Intercourse"... Bermaksud, "Menjauhkan Syaitan Ketika Persetubuhan". Bagi pandangan penulis, ada 'double-meaning' mengenai slogan ini. Adakah pengeluar kondom ini menggunakan istilah sebegitu dan logo halal untuk melariskan produk mereka???

Jika produk ini laris, ramailah pembelinya. Maka ramailah penggunanya. Tetapi siapa sasaran pasaran produk ini jika ianya dikatakan halal??? Tentu sekali orang-orang Islam. Adakah produk seperti ini akan mempengaruhi manusia untuk menghalalkan persetubuhan bagi pasangan yang belum bernikah juga??? Apa pandangan para pembaca sekalian???

SUMBER

Awek Bertudung Lipat Gulung (Sepak Takraw)


Apabila admin kebosanan melayari internet, tiba-tiba muncul di benak fikiran untuk melayari YouTube. Secara tidak semena-mena, penulis tterjumpa satu video yang agak menarik untuk dikongsi dengan para pembaca sekalian. Video tersebut adalah Perlawanan Akhir Sepak Takraw Regu Tiga Wanita di antara Pulau Pinang menentang Perak.

(Gambar Terbaru) Nasha Aziz Akui Kini Masih Solo Dan Rahsia Beliau Kekal Cantik


Ada suara nakal kami dengar hujung minggu lalu selepas selesai majlis pernikahan Ella yang mengatakan sekarang ini hanya menunggu giliran Nasha Aziz.

Maklumlah, di usia 41 tahun Nasha Aziz sehingga ke hari ini masih belum mempunyai teman lelaki tetap selepas beberapa calon sebelum ini terkandas di’tengah jalan.

Bercakap kepada Malaysian Digest semalam, Nasha Aziz mengakui yang diri beliau kini masih solo dan sebenarnya tidak terlalu memikirkan soal jodoh buat masa ini.

“Saya masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya”

“Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” ujar Nasha Aziz yang di’temui pihak media di satu pelancaran produk kesihatan.

Dan, pastinya ramai ingin tahu rahsia Nasha Aziz yang mampu kekal cantik sehingga ke hari ini. Model dna juga pelakon ini mendedahkan yang perasaan cinta adalah rahsia beliau.

“Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta,” tambah Nasha Aziz lagi.

 
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved