Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Video) Kehebatan Pemandu Bas Di Hong Kong

on 17 July 2012


Kesesakan jalan raya di Hong Kong merupakan satu situasi biasa. Bagaimanapun, dalam situasi itulah negara ini kita dapat melihat kehebatan pemandu bas yang boleh membaca akhbar sambil mendengar radio, bersarapan dan menjawab panggilan di telefon bimbit sambil memandu.

Sungguh 'mengagumkan' dan diharap pemandu bas di Malaysia tidak mengikut sikap seperti ini demi keselamatan penumpang!

SUMBER

(Video) Lelaki Selamat Daripada Ajal Dirakam


Sebuah bas yang mengelak sebuah lori lalu merempuh sebuah stesen minyak. Seorang lelaki yang sedang berada di stesen minyak berkenaan hampir dilanggar oleh bas tersebut. Nasib menyebelahi kerana bas sempat berhenti dan lelaki itu bukan sahaja tidak kehilangan nyawa, malah tidak mengalami apa-apa kecederaan. Kejadian dirakam oleh dash-cam daripada bas tersebut.


SUMBER

(Video) Pemuda Disembelih Kerana Murtad


Menurut sumber pemuda ini disembelih kerana murtad masuk agama Kristian. Sama ada hukuman ini dilaksanakan kerana beliau telah murtad atau mungkin kerana kesalahan lain yang telah dilakukan oleh pemuda ini gua tak pasti! Jika ada sesiapa yang tahu cerita sebenarnya sila tolong perbetulkan entri ini. Kejadian penyembelihan ini berlaku di Tunisia.

AMARAN!!! Video dibawah menunjukkan seorang manusia yang masih bernyawa disembelih dan bukannya seekor lembu, kambing, kerbau, ayam atau haiwan ternakan yang lainnya.

SUMBER

Anggota Kumpulan Deep Purple, Jon Lord Meninggal Dunia


Pemain keyboard terkenal, Jon Lord yang membantu kumpulan Deep Purple dan Whitesnake menjadi dua kumpulan rock paling terkenal dalam era ini, meninggal dunia hari ini pada usia 71 tahun.

Menurut kenyataan di laman web rasmi mendiang, bintang kelahiran Leicester, England itu mengalami masalah embolisme pulmonari di London selepas bertarung terlalu lama dengan kanser pankreas. "Jon pergi dari Kegelapan kepada Cahaya," menurut kenyataan itu.

Lord turut menjadi penulis bersama dalam lagu popular Deep Purple, termasuk “Smoke on the Water,” dan kemudian berjaya dalam kerjaya solonya.

Lord kemudian membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu pada 2002.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved