Pemain keyboard terkenal, Jon Lord yang membantu kumpulan Deep Purple dan Whitesnake menjadi dua kumpulan rock paling terkenal dalam era ini, meninggal dunia hari ini pada usia 71 tahun.
Menurut kenyataan di laman web rasmi mendiang, bintang kelahiran Leicester, England itu mengalami masalah embolisme pulmonari di London selepas bertarung terlalu lama dengan kanser pankreas. "Jon pergi dari Kegelapan kepada Cahaya," menurut kenyataan itu.
Lord turut menjadi penulis bersama dalam lagu popular Deep Purple, termasuk “Smoke on the Water,” dan kemudian berjaya dalam kerjaya solonya.
Lord kemudian membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu pada 2002.
{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }
dah sampai masanya.......
17 July 2012 at 09:59
Post a Comment